Haram kongsi video mengaibkan


Haram kongsi video mengaibkan

“Haram hukumnya jika berkongsi video yang membawa kepada keaiban, kerosakan akhlak dan keburukan yang boleh ditonton jutaan orang,” kata Timbalan Dekan Jaringan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Mohd Izhar Ariff memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai video ‘prank’ tarik tudung wanita dimuat naik Youtuber dikenali Nick yang tular di laman sosial dan mendapat kecaman ramai.

Menurut Mohd Izhar Ariff, dia kesal dan amat sedih selepas menonton video berkenaan kerana dilakukan oleh Youtuber Melayu beragama Islam.



“Budaya prank itu datang dari Barat. Jadi kita sebagai masyarakat matang dan berpegang kepada syariat Islam perlu tegas.

“Mangsa (prank) yang dipermainkan itu perlu membuat laporan polis dan gunakan saluran undang-undang dengan betul bagi memberi pengajaran kepada pelaku supaya tidak boleh sesuka hati melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah seseorang wanita Muslimah.

“Jika mangsa berdiam diri, maka budaya itu akan merebak. Ia amat penting bagi menutup pintu yang membawa kepada kerosakan dengan melaporkan kepada pihak berwajib untuk diambil tindakan undang-undang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Tambah Mohd Izhar Ariff , sekalipun prank dan rakaman video itu dirancang, hukumnya tetap haram kerana melakukan sesuatu yang melanggar syariat Islam sekali gus mengajar generasi muda akhlak yang tidak baik.



“Perbuatan merelakan perlakuan haram dan bercanggah dengan undang-undang hingga jatuhkan maruah serta kredibiliti adalah tidak dibenarkan syarak.

“Ini kerana Islam menyuruh kita mengajak kepada kebaikan, bukannya keburukan. Budaya prank seperti itu pastinya merosakkan, tidak bertamadun dan bercanggah dengan adat orang Melayu serta syariat Islam,” katanya.

Mohd Izhar Ariff berharap Youtuber, pempengaruh media sosial atau mana-mana individu untuk mencari dan memuat naik video yang lebih bermanfaat serta patuh syariat.

“Nasihat saya, berhati-hatilah dalam memuat naik sesuatu video di laman sosial.



“Jangan menggadaikan maruah sehingga terdedah kepada perkara yang haram demi mengejar ‘like’ serta mengumpul pengikut.

“Sebaiknya, kongsi dan carilah ‘content’ (video) yang membawa kepada kebaikan dan pahala,” katanya. HM

Haram kongsi video mengaibkan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos



Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker