Polis tahan geng ‘longkai berperang’ rebut kereta untuk ditunda [VIDEO]

PETALING JAYA: Lapan individu yang merupakan longkai kereta ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam rusuhan menggunakan senjata dalam urusan menunda kenderaan di Kampung Malaysia Tambahan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin berkata pergaduhan kira-kira 1.30 pagi itu melibatkan suspek berumur 22 hingga 44 tahun itu daripada dua kumpulan penunda kenderaan.

Menurutnya, polis menerima laporan orang awam mengenai pergaduhan itu, kira-kira jam 1.37 pagi tadi.



“Hasil siasatan awal, insiden berpunca daripada satu kes kemalangan kereta dan pergaduhan berlaku antara dua pihak untuk urusan menunda (towing) kenderaan terbabit.

“Dua kumpulan penunda kenderaan dipercayai berebut untuk menunda kereta yang terbabit dalam kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan.

Zam Halim berkata sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Cheras berjaya menahan lapan lelaki dalam beberapa siri tangkapan bermula jam 11.15 pagi tadi.

“Usaha lanjut sedang dijalankan untuk mengesan suspek yang masih bebas.



“Kita sedang mengenal pasti jumlah dan identiti mereka melalui soal siasat dijalankan ke atas lapan suspek ditangkap,” katanya yang mengesahkan siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video menunjukkan insiden pergaduhan berkenaan di media sosial.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker