Penganjuran gig Skinhead, Punk di Gua Musang, lelaki dicekup polis untuk siasatan
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkait satu rakaman video tular yang memaparkan sekumpulan anak muda berhibur di sebuah ‘gig’ atau persembahan muzik melibatkan kumpulan Skinhead dan Punk di sebuah dewan di daerah ini, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, ujian saringan air kencing terhadap lelaki yang berusia 28 tahun itu mendapati dia negatif dadah.
Menurutnya, lelaki yang ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang kira-kira pukul 9.30 malam pada Khamis lalu itu mempunyai satu kad pesakit mental dan pernah menerima rawatan susulan di Klinik Kesihatan Chiku 3 di sini.
“Siasatan lanjut mendapati, persembahan muzik diadakan di dewan tersebut pada 23 September bermula pukul 9 pagi hingga 7 petang. Tiada sebarang tiket dijual bagi persembahan yang dibuat di dalam dewan itu.
“Sebanyak empat kumpulan muzik hadir di dewan tersebut iaitu dua dari negeri Kelantan manakala dua lagi masing-masing satu dari Terengganu dan Kuala Lumpur,” katanya.
Choon Foo memberitahu, kain rentang acara dan permohonan sewaan penggunaan dewan dibuat oleh seorang lelaki yang masih lagi dikesan oleh pihak polis.
Menurutnya, tempahan dewan tersebut telah dibuat menerusi aplikasi WhatsApp kepada penjaga dewan pada 4 September lalu dengan kadar bayaran sebanyak RM200 secara transaksi dalam talian dengan tujuan untuk bermain muzik.
“Siasatan mendapati, seramai 30 orang hadir dalam persembahan hiburan tersebut dan semasa persembahan berlangsung, terdapat aktiviti meminum minuman keras oleh pengunjung selain tiada sebarang permit hiburan dimohon oleh pihak penganjur,” ujarnya.
Menurut Choon Foo, pihak IPD Gua Musang tidak menerima sebarang permohonan permit penganjuran berbentuk hiburan muzik daripada individu atau kumpulan.
Katanya, sehubungan itu, mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan sekumpulan anak muda sedang berhibur di dewan tersebut boleh menyalurkan maklumat di talian 09-912 1222 atau balai polis berdekatan
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ramai orang terkejut matahari bertukar warna biru
- Permohonan ‘Notis Merah’ Interpol terhadap menantu Muhyiddin hampir sempurna
- Ada nampak saya pegang botol arak? – Syasya Dolla
- Sokongan pada BN di Pelangai belum memuaskan – Wan Rosdy
- MoF akan serah semula aset TH – Anwar
- AGT 2023, anjing juara, Simon tetap bangga dengan Putri Ariani
- Azira Shafinaz bakal nikah
- Artis ada hak, bukan mengemis – Altimet
- Simpan duit bayar saman – Puteri Sarah
- Zii Jia buat hal di Hangzhou
- Akmal bidas Lian Ker, saya jaga rakyat bukan tauke besar
- Mamat ingatkan Nabil hati-hati bergurau
- Serabut tengok Nabil, Elly, Jihan kendalikan GV10
- Duda jutawan intai selebriti isteri orang
- Azeem Fahmi bakal disahkan sebagai Raja pecut di Sukan Asia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara