Ustaz Abdul Somad ditangkap polis Riau?

Ustaz Abdul Somad ditangkap polis Riau?

RIAU: Polis Riau menahan dua individu yang disyaki menyebarkan berita palsu mengenai penahanan pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) kerana beliau memberikan bantuan berupa dapur awam untuk penduduk Rempang.

Jurucakap polis Riau, Nasriadi berkata, dua individu itu merupakan penduduk Batam dan menyebarkan berita palsu dalam media sosial mengenai UAS ditangkap polis semasa penduduk melakukan protes membantah keputusan kerajaan meminta mereka berpindah dari Rempang pada 11 September lalu.

Katanya, penahanan mereka dilakukan selepas polis melakukan siasatan lanjut.



“Ketika ditahan, polis turut merampas telefon bimbit mereka dan menyekat akaun Facebook serta TikTok milik kedua-duanya.

“Jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum lapan tahun,” katanya.

Terdahulu, polis Riau menafikan mereka memanggil UAS untuk disoal siasat berhubung protes yang berlaku di Rempang.

Jelas Nasriadi, polis tidak memanggil UAS untuk sebarang soal siasat berhubung kekecohan yang berlaku sebelum ini.



“Itu semua tidak benar, tiada polis panggil UAS untuk disoal siasat, malah tiada kaitan beliau dengan kekecohan yang berlaku,” ujarnya.

Dalam pada itu, polis meminta masyarakat setempat supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran berita palsu sehingga dibuktikan kebenarannya.

Sebelum ini, penduduk Rempang mengadakan bantahan selepas mereka diarahkan mengosongkan rumah masing-masing bagi memberi laluan kepada projek mega Indonesia dengan China untuk membina Eco City.

Kesemua penduduk Rempang diberikan rumah baharu di lokasi yang ditetapkan kerajaan, namun mereka enggan berpindah sehingga mencetuskan kekecohan. Utusan



Ustaz Abdul Somad ditangkap polis Riau?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)



Pentas akhir AGT: Putri Ariani hanya dapat tempat ke-4



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker