Tiga bank lanjut pengecualian caj QR Duitnow

Tiga bank lanjut pengecualian caj QR Duitnow

Tiga bank melanjutkan pengecualian caj ke atas vendor yang menerima pembayaran menggunakan platform kod QR Duitnow.

Maybank mengumumkan bahawa ia tiada rancangan untuk mengenakan fi transaksi ke atas vendor yang menggunakan kemudahan itu buat masa sekarang.



“Kami mahu memaklumkan bahawa Maybank tidak melaksanakan sebarang fi berhubung DuitNow QR, sehingga diberitahu kelak.

“Yang pasti, semua peniaga boleh terus menggunakan pembayaran QR Duitnow tanpa caj, seperti yang menjadi amalan sekarang. Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal kepada peniagam” katanya dalam satu kenyataan.

Selain Maybank, Public Bank dalam satu kenyataan terdahulu turut memaklumkan bahawa ia akan mengecualikan caj DuitNow QR sehingga diberitahu kelak.

Sementara itu, CIMB berkata ia akan mengecualikan caj berkenaan sehingga akhir tahun ini.



Pengendali platform itu, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dalam satu kenyataan semalam mengesahkan vendor yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow akan dikenakan caj mulai 1 November ini.

Dalam satu kenyataan, PayNet berkata, terdapat dua e-pembayaran berbeza dikenakan caj, iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) dan fi 50 sen bagi transaksi melebihi RM5,000.

“Mulai 1 November, pengecualian MDR untuk pembayaran menerusi kod QR DuitNow berakhir. Ketika ini, pembayaran kad debit dan kredit tertakluk kepada MDR, manakala terdapat pengecualian MDR untuk pembayaran QR,” kata PayNet.

PayNet berkata, MDR bukanlah caj baharu atau tambahan, sebaliknya insentif untuk menggalakkan penggunaan pembayaran kod QR yang diperkenal pada 2019 dengan MDR telah dikecualikan.



“Pengecualian ini dilanjutkan lagi berikutan COVID-19,” katanya.

PayNet dimiliki oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan konsortium terdiri daripada 11 bank tempatan.

DuitNow QR ditubuhkan di bawah Rangka Kerja Pemindahan Kredit Saling Boleh Kendali (ICTF) BNM.

ICTF memberi mandat kepada PayNet, sebagai penyedia rangkaian pembayaran dan infrastruktur utama bagi pasaran kewangan di Malaysia untuk menjalankan QR standard saling boleh kendali dan umum untuk Malaysia. BH



Tiga bank lanjut pengecualian caj QR Duitnow

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu



Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker