Johor tawar tanah tanam padi

Johor tawar tanah tanam padi

Johor sedia menawarkan tanah negeri itu untuk diusahakan sebagai kawasan penanaman padi bagi mengatasi isu kekurangan beras tempatan dihadapi ketika ini.

Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi, berkata cadangan itu juga bagi menangani kenaikan harga beras import yang meningkatkan kos sara hidup rakyat.



Beliau turut mencadangkan tiga langkah lain yang boleh membantu kerajaan pusat, antaranya mewujudkan subsidi beras import sehingga isu bekalan beras tempatan mencukupi.

“Selain itu kita mencadangkan pembungkusan semula beras kepada pek kecil seperti 1kg atau 2kg agar ia lebih mudah dan murah dibeli oleh rakyat yang kais pagi makan pagi.

“Langkah lain ialah mempertimbangkan untuk mengimport beras dari negara lain seperti Indonesia yang menawarkan harga beras lebih murah,” katanya di Facebook.

Onn Hafiz berkata, isu keterjaminan makanan bukan sahaja isu negeri, tetapi isu nasional yang perlu ditangani segera oleh semua pemegang taruh, agar rakyat tidak terus terbeban.



“Saya telah membuat lawatan ke beberapa lokasi untuk melihat sendiri keadaan realiti di peringkat akar umbi. Tinjauan mendapati beberapa barang makanan asas seperti beras tempatan, telur, dan minyak peket (subsidi) kekurangan stok. Perkara ini diambil serius kerajaan negeri.

“Saya telah minta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri, Zahari Sarip; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Lee Ting Han serta agensi berkaitan seperti Fama meneliti perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi menampung keperluan rakyat,” katanya. FMT

Johor tawar tanah tanam padi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker