5 jawatan tertinggi PAS tidak dipertandingkan

5 jawatan tertinggi PAS tidak dipertandingkan

Lima pemimpin tertinggi PAS kekal menerajui parti itu untuk dua tahun lagi apabila semua mereka tidak dicabar mana-mana calon dalam pemilihan kali ini.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan hari ini mengesahkan tiada pertandingan berlangsung untuk jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.



“Untuk jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden hanya ada satu pencalonan iaitu mengekalkan jawatan yang ada.

“Jadi pertandingan tahun ini hanya melibatkan pemilihan ahli jawatankuasa PAS Pusat,” katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

PAS akan mengadakan muktamar tahunan mereka di Shah Alam pada 20 hingga 22 Okt ini.

Kali terakhir PAS mengadakan pemilihan ialah pada 2021.



Dengan tiadanya pertandingan bagi jawatan presiden, Abdul Hadi Awang akan kekal menerajui PAS untuk tahun tahun ke-21. Dia mula mengetuai PAS sejak kematian Allahyarham Fadzil Noor pada 2002.

Ketika ini jawatan timbalan presiden disandang Ahli Parlimen Kubang Kerian, Tuan Ibrahim Tuan Man, manakala tiga jawatan naib presiden diisi oleh Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar, Idris Ahmad dan Mohd Amar Abdullah.

Idris merupakan ahli parlimen Bagan Serai dan pernah menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri, manakala Mohd Amar kini berkhidmat sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan. Mk

5 jawatan tertinggi PAS tidak dipertandingkan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu



Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker