Malaysia kutuk ekstremis Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa
Malaysia kutuk ekstremis Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa
Malaysia mengutuk pencerobohan oleh pendatang ekstremis Israel di Masjid Al-Aqsa pada 24 dan 25 Sept lalu.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan berkata, pencerobohan dirancang itu tindakan disengajakan rejim Israel dan bertujuan mencabar status quo undang-undang serta politik Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif.
“Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa mendesak rejim Israel bertanggungjawab atas tindakan pencerobohan berterusan yang akan memburukkan lagi keadaan sudah parah di Wilayah Palestin Yang Diduduki (OPT).
“Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mesti melaksanakan tanggungjawab diamanahkan oleh Piagam dan mengecam rejim, selain menghentikan serta-merta semua tindakan provokasi serta pencerobohan untuk keamanan dan kestabilan di rantau ini.”
Malaysia terus berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu Negaranya. FMT
Malaysia kutuk ekstremis Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa
Baca Artikel Menarik:
- Ruhil Amani sudah bercerai
- Akmal dibidas ahli MCA ugut pengilang beras
- Gadis cilik dari Perak pecah Rekod Dunia Guinness dengan kebolehan luar biasa
- Khairul Aming tiada aset kecuali kereta Bezza
- Rashid merajuk balik Sarawak?
- Siap untuk kena saman
- Khairy setuju pencen penjawat awam, MP dimansuhkan
- PAS disaran tinggalkan PN dan perkasakan kerajaan Perpaduan
- Ustaz Derry dakwa Mondy hanya mahu duit
- Howard mohon maaf selepas polis ambil keterangan
- Netizen cabar Abang Tesla tambah dua lagi selepas bertemu Baby Shima dan Mondy
- Perbicaraan Ebit Lew jadi sesi bertikam lidah
- Majlis perkahwinan terbakar, 100 disahkan maut 150 tetamu cedera
- Dokumen dirampas, Radzi menghadap SPRM minggu depan
- Soalan tiada akidah! Cikgu Fadli Salleh bidas pengubal silibus Matematik Tahun 3
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu