Ganti segera pimpinan Umno Terengganu

Ganti segera pimpinan Umno Terengganu

Seorang veteran Umno menggesa rombakan segera dilakukan terhadap barisan pimpinan parti itu di Terengganu yang ‘dibadai’ Gelombang Hijau pada PRU15 dan PRN.

Kata bekas ahli majlis kerja tertinggi Umno, Abdul Rahman Bakar kepada FMT, kepimpinan Ahmad Said perlu diganti dan mencadangkan supaya 80% daripada anggotanya membabitkan muka baharu manakala selebihnya pemimpin lama, berperanan sebagai penasihat.

Beliau yang diberi jolokan ‘Giant Killer’ kerana mengalahkan Presiden PAS Abd Hadi Awang di Parlimen Marang pada pilihan raya 1986 dan 2004 berkata perubahan juga harus dibuat di peringkat cawangan hingga bahagian memandangkan ia dekat dengan akar umbi.

“Kita perlu kepimpinan dan wajah baharu, sebab pemimpin lama negeri tanding pun kalah.

“Kalau kekal orang lama ia beri persepsi kepada rakyat yang kita asyik letak muka kalah terajui parti,” katanya kepada FMT.

“Yang tua boleh bersara beri kepada orang baharu baik di peringkat cawangan dan bahagian…supaya Umno kembali dapat semangat baharu.”

Umno yang menerajui Barisan Nasional (BN) kalah di semua lapan kerusi Parlimen pada PRU15 dan prestasi buruk itu berterusan pada PRN, bulan lalu menyaksikan kerjasamanya dengan Pakatan Harapan (PH) tewas di 32 kerusi.

Rahman bagaimanapun berkata banyak faktor yang menyumbang kepada kekalahan BN, dan bukan semata-mata kerana Ahmad, yang juga bekas Adun Kijal.

“Banyak faktor bukan peringkat negeri sahaja kerana turut berkait krisis dalaman di pusat apabila banyak pemimpin dibuang dan orang muda tak sokong,” katanya. FMT

Ganti segera pimpinan Umno Terengganu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker