Amizar pilihan tepat untuk menangkan BN – Ismail Sabri
Pemilihan Amizar Abu Adam yang merupakan anak jati Felda Chemomoi adalah tepat dalam memberikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, 7 Okt ini.
Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana hampir separuh daripada keseluruhan 16,456 pengundi berdaftar di DUN Pelangai merupakan warga Felda iaitu Felda Chemomoi, Felda Sungai Kemahal dan Felda Sungai Kemasul.
Berdasarkan rekod daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdapat 7,983 pengundi di tiga Felda itu, iaitu 48.5 peratus daripada keseluruhan pengundi DUN Pelangai.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata sebagai anak Felda, Amizar amat memahami keluh kesah warga tanah rancangan itu, dan pemilihan anak Felda sebelum ini juga terbukti memberikan kelebihan buat BN seperti yang berlaku di Parlimen Paya Besar, Pahang.
“Banyak tempat pada Pilihan Raya Umum dulu-dulu (BN) kalah, tetapi di Paya Besar oleh kerana Shahar (Mohd Shahar Abdullah) dia anak peneroka Felda, dia mendapat undi yang baik,” katanya ketika hadir membantu jentera BN berkempen di Felda Sungai Kemahal di Bentong, Pahang, semalam.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata jentera BN pada PRK DUN Pelangai perlu menjadikan platform media sosial sebagai ‘senjata’ utama dalam berkempen kerana ia adalah cara terbaik pada masa ini untuk mendekati pengundi terutama pengundi muda dan mereka yang berada di luar kawasan.
“Cara lama atau cara tradisi untuk berjumpa dan sebagainya mungkin agak susah terutamanya bila melibatkan pengundi luar. Mereka boleh melihat kempen kita melalui platform media sosial,” katanya.
PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru melibatkan Amizar, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
– Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tomok, Naqiu berseteru dalam GV10?
- Bercakap dengan firaun pun Allah suruh guna perkataan baik
- Sanusi pembohong nombor satu negara
- Rakyat Indonesia nobatkan Anwar ‘Sukarno Besar’ di pentas UNGA
- Liza Hanim buka mulut kerana tak tahan lagi
- Sedih, mencarut dah jadi budaya baru PAS
- Gandingan Nabil, Jihan, Elly dipertikai
- ND Lala bukan buang saya saja, anak-anak juga – Fauziah
- Berumah dalam kereta kerana berhutang RM1 juta
- Reaksi positif diplomat di New York bercanggah dakwaan Sanusi di Pelangai
- PN hilang Kemaman: Mahkamah benarkan petisyen pilihan raya BN
- Kedudukan 4 Presiden parti, PAS, Amanah, MCA dan Bersatu
- Jawab di akhirat nanti – Ubai
- 5 KSU bertukar sebalik ura-ura rombakan Kabinet
- Next pandemic disease X is deadliest than Covid-19
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil
You must be logged in to post a comment.