Sedih, mencarut dah jadi budaya baru PAS
Sedih, mencarut dah jadi budaya baru PAS
Perjuangan Islam PAS sudah jauh tersasar apabila pemimpin yang bercakap kasar menjadi sanjungan parti itu, kata bekas setiausaha Dewan Ulama PAS Khairuddin Aman Razali.
Menurutnya, perkara tersebut dapat dilihat dalam kempen parti berkenaan di DUN Pelangai yang mana Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengeluarkan kenyataan yang tidak selayaknya diucapkan.
“Saya sangat sedih bila melihat pemimpin utama parti yang boleh saja mencarut, bercakap lucah di pentas politik kemudian ditepuk dan disorak ahli-ahli.
“Tersebar dalam internet ucapan menteri besar Kedah yang menyebut kalimah (ucapan) yang tidak sesuai, memalukan untuk kita sebut itu oleh menteri besar daripada Islam pula.
“Kita perlu politik damai, tidak perlu politik lucah, perpecahan dan BN kekal dengan prinsip sebegini,” kata Khairuddin yang kini setiausaha eksekutif Majlis Ulama Umno kepada Malaysiakini ketika ditemui berkempen di Felda Chemomoi, dekat Bentong.
Sanusi yang juga pengarah pilihan paya PN menggesa pengundi di Pelangai untuk menolak BN dan PH, bagi menyuarakan penentangan terhadap apa yang didakwanya sebagai liberalisme oleh kerajaan persekutuan.
Ketika berceramah pada malam penamaan calon di Felda Kemasul, Sanusi membangkitkan langkah Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee yang memetik terjemahan sepotong ayat al-Quran baru-baru ini.
Dia berkata perkara itu hanya boleh berlaku kerana Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.
“Yang liberal ni dia kata sekurang-kurangnya dia (Howard) mengaji..kepala bapak hang…hang bodoh.
“Quran ni Tuhan turunkan penuh kesucian, kemuliaan dia ada disiplin untuk menghurai, untuk menterjemah.
“Ni hangpa alif ba ta pun tak tahu…kote (anu) pun tak kerat,” katanya pada majlis ceramah PN itu.
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata PAS kini sudah tidak menggambarkan akhlak Islam apabila membenarkan pemimpin mereka melontarkan kata-kata yang tidak sopan.
“Bagi saya PAS telah jauh lari dari prinsip Islam…Islam ada akidah, syariat, dengan akhlak.
“Akidah jauh tersasar dengan isu-isu syurga, neraka menyamai pemikiran yang bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)…mengkafirkan yang berbeza dengan mereka.
“Dari sudut syariat banyak yang dilanggar,” katanya lagi. Mk
Sedih, mencarut dah jadi budaya baru PAS
Baca Artikel Menarik:
- Orang bukan Islam dengan al-Quran
- Reaksi positif diplomat di New York bercanggah dakwaan Sanusi di Pelangai
- GV10: Cliff Umar hampir tersingkir minggu pertama
- Munafik Hunter perjuangan Caprice
- Ceramah Tuan Ibrahim di Felda Chemomoi tidak dapat sambutan
- GV10: Peluang kedua peserta hotseats
- PAS pernah puji DAP kerana baca al-Quran
- Radzi Jidin akan dipanggil menghadap SPRM
- Pemuda Umno nafi protes calon BN di Pelangai
- Hulk Hogan kahwin lagi
- Beyounce dikaitkan dengan PAS
- ‘Event RXZ’ tenang, motosikal besar kecoh bergaduh [VIDEO]
- Radzi Jidin maklumkan isteri keturunan ulama besar
- Fify nafi seorang ‘playgirl’
- Pentas Gegar Vaganza GV10 dipanaskan oleh Jihan Muse, Nabil dan Elly Mazlein
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit