Ketua Pemuda PAS selesai beri kererangan berhubung perhimpunan haram anti-Zahid

Polis selesai merakam keterangan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari berhubung ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’ yang berlangsung di ibu negara pada 16 September lalu.

Ahmad Fadhli dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi jam 11 pagi tadi.

Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dipetik Harakahdaily sebagai berkata bahawa dia dipanggil memberikan keterangan selaku penganjur meskipun dia tidak turun dalam himpunan tersebut atas faktor keselamatan.



“Walaupun demikian (tidak sertai perhimpunan), saya tetap dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung isu ini dan saya memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis. Jadi terpulang kepada pihak polis menentukan tindakan yang selanjutnya.

“Polis telah menjalankan tugas mereka dengan baik dan profesional, saya kira mereka hanya menjalankan tugas mereka apabila laporan polis dibuat,” katanya seperti dilapor organ parti PAS itu.

Ahmad Fadhli berkata telefon bimbitnya telah diambil oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Polis sebelum ini mengenal pasti 25 individu yang dipercayai terlibat dalam perhimpunan yang diadakan bagi mendesak supaya Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi didakwa semula di mahkamah.



Ini selepas Zahid diberi pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) dalam kes mahkamah melibatkan Yayasan Akalbudi.

Dua tuntutan lain penganjur himpunan itu adalah agar peguam negara dan SPRM bebas daripada campur tangan kuasa eksekutif serta undang-undang yang adil kepada semua rakyat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik



Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker