Jawi terima empat aduan qazaf terhadap PM – Menteri Agama

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan meneruskan siasatan berhubung aduan qazaf terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, setakat ini pihak Jawi menerima empat aduan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin dan pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abd. Rani berhubung isu berkenaan.

Katanya, antara yang membuat laporan berhubung perkara berkenaan adalah daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

“Pertama melibatkan isu Radzi Jidin terhadap Perdana Menteri ketika dalam Parlimen.

“Kedua, petang tadi Ikram dan ABIM ada buat aduan terhadap hantaran yang dinisbahkan kepada Ustaz Dusuki yang ada menyebut perkataan peliwat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat bersama Pelajar Baharu Tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, pihak pendakwaan akan memutuskan kes berhubung pendakwaan terhadap Radzi atas perbuatannya di Parlimen baru-baru ini.

“Semasa siasatan, semua pihak saksi akan dipanggil oleh penguatkuasa agama dan kemudian laporan akan disediakan.

“Dari situ boleh ditentukan sama ada diteruskan pendakwaan atau tidak, itu akan ditentukan berdasarkan laporan siasatan yang dikemukakan nanti,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker