Dr Akmal ‘gempur’ pengilang beras

Dr Akmal ‘gempur’ pengilang beras

Krisis ketiadaan beras putih tempatan (BPT) di pasaran mendorong Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh turun padang apabila menerjah operasi kilang untuk melihat situasi sebenar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau yang juga Exco kerajaan negeri Melaka menegaskan, tugas beliau melindungi rakyat dan bukan tauke besar.

Menerusi video berdurasi tiga minit 24 saat, Akmal mengancam menarik lesen pengilang yang enggan mengeluarkan beras tempatan dengan paket dan harga ditetapkan kerajaan.

Katanya, margin keuntungan yang kecil tidak boleh dijadikan alasan oleh pengilang untuk tidak mengeluarkan beras tempatan.

“Kalau you (awak) tak mahu buat you cakap… saya tarik you punya lesen. Kalau you cakap you rugi… ini kerajaan punya arahan tahu RM26 (sepaket).

“Kalau you rugi, you cakap dengan I (saya) sekarang, I tarik you punya lesen kasi (beri) orang lain hantar (beras).

“Sekarang ini you punya lesen, you kata rugi tak mahu jual (beras tempatan), I boleh panggil ini kerajaan tarik you punya lesen semua,” katanya dalam video yang dimuatnaik di Facebooknya.

Video itu memaparkan Akmal sedang mendesak pengilang supaya mengeluarkan beras tempatan seperti arahan kerajaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi kilang berkenaan, namun dipercayai di Melaka.

Sebelum ini, Akmal mencadangkan supaya kerajaan mengehadkan penjualan beras putih tempatan kepada rakyat asing berikutan kenaikan harga yang didorong oleh kekurangan bekalan di pasaran.

Akmal menjelaskan ia bukan soal diskriminasi, tetapi menyatakan keutamaan harus diberikan kepada rakyat tempatan.

Di ruangan komen, ramai warganet memuji usaha itu termasuk seorang pengguna Facebook dengan akaun bernama Izzara Maya, bersetuju kerana tidak mungkin kilang tidak memperoleh keuntungan.

“Betul la tu… sudah dapat lesen membungkus beras tempatan tapi tidak mahu buat sebab tak untung, ia tidak mungkin,” katanya. HM

Dr Akmal ‘gempur’ pengilang beras

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker