Engku Emran nafi 3 kali perkahwinan satu kegagalan

SHAH ALAM – Selepas kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila berkongsi kenyataan bakal bercerai, kini suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Engku Emran berkata, kehancuran dalam perkahwinan dibina bersama Noor Nabila selama dua tahun itu bukanlah kegagalan sebaliknya ketentuan yang sudah tertulis.

Menurutnya, perpisahan itu dianggap perjalanan yang tidak boleh dielakkan, sebaliknya perlu ditempuhi dalam mencari reda ALLAH SWT dan selagi mereka berusaha, itu adalah suatu kejayaan.



“Saya beritahu Nabila tiga perkahwinan ini bukanlah satu kegagalan, semuanya sudah tertulis dan kami terpaksa akur.

“Kami sudah melalui tiga perkahwinan dan tahu apa yang dimahukan dalam hidup serta masih mencari.

“Perkahwinan sangat mencabar, yang pernah berkahwin akan tahu, belum kahwin jangan sembang kuat sangat,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.

Sebelum ini, Noor Nabila memaklumkan dia dan Engku Imran bakal bercerai serta sudah tidak tinggal sebumbung sejak Januari lalu.



Ujarnya, keputusan itu dibuat selepas Engku Emran menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.

Engku Emran menerangkan, dia merasa bertanggungjawab untuk membidas andaian warganet bagi menghindari fitnah tidak terkawal selain meminta agar menghormati privasi keluarganya.

“Jangan komen seperti kita nampak sangat tidak bijak, kenal orang yang kita langsung tidak kenal, komen macam kita tidak akan ada ujian menanti dan keluarkan kata-kata atau hasilkan cerita macam tiada agama.

“Jaga adab dan hormati Nabila dan saya. Kami masih ada keluarga serta mak ayah, jangan beri sakit yang tidak sepatutnya mereka rasa.



“Kami tidak pernah mengacau hidup sesiapa, ini ujian dan Alhamdulillah kami reda, hormati ruang kecil walaupun tak sempurna,” tulisnya.

Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular, Erra Fazira pada 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya, namun berpisah sekitar 2014.

Dia kemudiannya berkahwin dengan selebriti ternama dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 2017 dan mengambil keputusan bercerai sekitar pertengahan 2020.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai



Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?



Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker