Telefon bimbit Mondy diambil mengikut peruntukan undang-undang

Telefon bimbit Mondy diambil mengikut peruntukan undang-undang

Seramai 13 individu sudah dipanggil membantu siasatan ke atas dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan itu susulan dua laporan diterima pihaknya.

Siasatan membabitkan laporan seorang wanita dikenali Mondy Tattoo mendakwa dirogol pendakwah itu dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, manakala laporan penafian dibuat pendakwah terbabit terhadap dakwaan mangsa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Shuhaily turut menafikan dakwaan telefon bimbit Mondy dirampas polis, sebaliknya menegaskan ia diambil mengikut peruntukan undang-undang bagi membantu siasatan.

“Ada peruntukan undang-undang untuk (telefon) diambil untuk membantu siasatan sebab polis hendak tengok kandungan sama ada selari atau tidak dengan apa yang dia kata. Nak tengok dari segi masa kandungan dan sebagainya.

“Buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan, mungkin perlu panggil beberapa saksi lagi untuk diambil kenyataan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

Beliau turut mengesahkan pempengaruh media sosial itu masih berada di Malaysia, selain menjelaskan permohonan maaf seorang lelaki dipercayai bapa Mondy terhadap pendakwah itu baru-baru ini, tidak boleh diguna pakai dalam siasatan memandangkan ia dibuat di Indonesia dan tertakluk kepada bidang kuasa pentadbiran pihak berkuasa negara itu.

Dalam perkembangan lain, Shuhaily memaklumkan polis berjaya menyelamatkan seorang wanita asing diculik di Pulau Pinang baru-baru ini dan perincian penuh akan dimaklumkan Ketua Polis Pulau Pinang, Khaw Kok Chin, esok.

“Saya juga hendak maklumkan kejayaan itu merupakan hasil kerjasama polis kontinjen Pulau Pinang, Selangor dan Bukit Aman.” FMT

Telefon bimbit Mondy diambil mengikut peruntukan undang-undang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia raba dada saya – Sarimah

Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi

Tudung Nelydia Senrose terbang?

Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker