Empat syarikat gergasi hasrat kembang operasi di Malaysia – Anwar
Empat syarikat gergasi hasrat kembang operasi di Malaysia – Anwar
Beberapa syarikat gergasi dunia menyatakan hasrat mengembangkan operasi dan pelaburan sedia ada di Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengadakan pertemuan dengan empat syarikat gergasi tersebut sempena kehadirannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat (AS).
Empat syarikat gergasi berkenaan adalah Google; Boeing; Medtronic dan Siemens Healthineers.
Perbincangan tersebut turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta wakil agensi dari MIDA dan Matrade.
“Kerajaan Perpaduan juga akan memudahcara serta menggalak pelaburan dalam memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan pilihan di rantau Asia Tenggara,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Perdana Menteri akan sampaikan Kenyataan Negara di UNGA, malam ini
Dalam hantaran yang sama, Perdana Menteri memaklumkan beliau turut mengadakan perjumpaan bersama ahli ekonomi terkenal yang juga pemenang Anugerah Peringatan Nobel, Prof Joseph Stiglitz dari Universiti Columbia.
Menurut Anwar, kesempatan tersebut dimanfaatkan dengan bertukar-tukar pandangan terkait keperluan ekonomi negara membangun diberi peluang yang lebih saksama khususnya dalam persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.
Beliau memaklumkan turut berbincang mengenai langkah dan strategi yang boleh dilaksana untuk meningkatkan pendapatan serta membasmi kemiskinan dalam masa sama memastikan kemampanan.
“Pendidikan yang lebih menyeluruh juga perlu diberi tumpuan demi bina jati diri dan sahsiah generasi masa hadapan.
“Idea perbincangan akan dimanfaat dan dicambah untuk mempertingkatkan potensi ekonomi negara,” katanya. Utv
Empat syarikat gergasi hasrat kembang operasi di Malaysia – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Perkenal semula Kedai Rakyat 1Malaysia – Pemuda UMNO
- Taman bandar bakal jadi tarikan utama TRX
- Itu tunang saya – Noh Salleh
- Saudi akan adakan hubungan dengan Israel – MBS
- Akaun IG Che Ta lesap
- Meninggal ketika ambil wuduk
- Bekas menantu Zainal Abidin dedah Zaiza menyuruh orang menidurinya beramai-ramai
- Rita Nadira digelar ‘anak babi’?
- Saya pegang pen, bukan hisap vape – MP PN
- Makan babi baca Bismillah, Lina Mukherjee dipenjara dua tahun
- Caprice upah ‘bodyguard’ jaga Mondy di Malaysia
- Kenapa Hamzah tolak runding peruntukan dengan Anwar?
- Bila Pak Sheikh naik sheikh
- Radzi Jidin perlu dihukum
- Video viral timbalan menteri beli barang bawah RM200, Fuziah kata video lama
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi