Bukit Aman siasat Howard Lee buat tafsiran sendiri ayat al-Quran
Bukit Aman siasat Howard Lee buat tafsiran sendiri ayat al-Quran
IPOH: Polis Perak menyerahkan siasatan berhubung Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How yang dikatakan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran susulan video tular baru-baru ini kepada Bukit Aman.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman susulan laporan asal atau laporan pertama mengenainya yang dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Katanya, hanya satu laporan mengenainya diterima oleh Polis Perak iaitu laporan yang dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO), Jalinan Bersatu Sahabat (JABAT) Perak, semalam yang meminta siasatan dan tindakan dikenakan terhadap Howard Lee kerana dianggap menghina Islam.
“Di Perak, kita hanya menerima satu laporan berhubung dengannya dan kita rujuk kepada laporan asal yang dibuat di (Balai Polis) Jalan Tun Razak. Kes ini juga disiasat oleh pihak USJT Bukit Aman,” katanya pada sidang media di perkarangan parkir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan JABAT Perak membuat laporan polis terhadap Howard di Balai Polis Manjoi, di sini.
Presiden JABAT Perak, Amiruddin Mohd Daud dilapor berkata, pihaknya merasakan tindakan Howard sebagai sengaja menghina Islam memandangkan ahli parlimen itu bukan Muslim namun bertindak menafsirkan ayat di dalam al-Quran yang sekali gus turut menyentuh perkara 3R (agama, raja, kaum).
Terdahulu, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak turut menyifatkan Howard sebagai kurang ajar dan cuba memprovokasi apabila mendakwa ahli parlimen DAP itu menjadi pentafsir kepada al-Quran dengan memutarbelitkan tafsir ayat 59 surah an-Nisa.
Ketua Pemuda PAS Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Hafez Sabri berkata penafsiran dibuat oleh Howard menerusi video tular itu amat dangkal serta mengandungi unsur provokasi melampau terhadap kesucian agama Islam.
“Howard menghuraikan hujah melalui sandaran dalil al-Quran supaya PAS mengikut ulil amri yang kononnya disamakan sebagai kerajaan hari ini, sedangkan beliau bukan pakar al-Quran,” katanya. BH
Bukit Aman siasat Howard Lee buat tafsiran sendiri ayat al-Quran
Baca Artikel Menarik:
- Perkenal semula Kedai Rakyat 1Malaysia – Pemuda UMNO
- Taman bandar bakal jadi tarikan utama TRX
- Itu tunang saya – Noh Salleh
- Saudi akan adakan hubungan dengan Israel – MBS
- Akaun IG Che Ta lesap
- Meninggal ketika ambil wuduk
- Bekas menantu Zainal Abidin dedah Zaiza menyuruh orang menidurinya beramai-ramai
- Rita Nadira digelar ‘anak babi’?
- Saya pegang pen, bukan hisap vape – MP PN
- Makan babi baca Bismillah, Lina Mukherjee dipenjara dua tahun
- Caprice upah ‘bodyguard’ jaga Mondy di Malaysia
- Kenapa Hamzah tolak runding peruntukan dengan Anwar?
- Bila Pak Sheikh naik sheikh
- Radzi Jidin perlu dihukum
- Video viral timbalan menteri beli barang bawah RM200, Fuziah kata video lama
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi