Anwar jumpa 15 syarikat tersenarai Fortune 500
Anwar jumpa 15 syarikat tersenarai Fortune 500
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dan interaksi bersama 15 syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS) yang tersenarai dalam Fortune 500 termasuk Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, Boeing, ConocoPhilips dan Kimberly-Clark di Harvard Club, New York, AS pada Khamis.
“Kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk berkongsi Kerangka Ekonomi Madani yang disokong oleh Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta Kajian Separuh Penggal RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12) yang akan menjadi panduan dalam mencapai matlamat pembangunan negara.
“Saya juga hargai maklum balas positif dan input-input membina yang dikongsikan oleh syarikat-syarikat ini,” katanya menerusi catatan di laman sosial media Facebook.
Anwar yang kini berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 berkata AS ialah rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar sejak 2015.
Dari segi pelaburan dalam sektor pembuatan, Malaysia menerima pelaburan langsung asing (FDI) dari AS bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 dengan nilai berjumlah RM1.84 bilion (US$395 juta) dan pelaburan ini telah menyumbang sebanyak 1,558 peluang pekerjaan.
“Semoga Malaysia mampu menarik lebih banyak pelaburan baharu daripada syarikat-syarikat gergasi Amerika,” katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peranan majlis dan dewan perniagaan seperti Majlis Perniagaan AS-ASEAN (USABC) dan Dewan Perniagaan Amerika Syarikat (USCC) sebagai medium antara kerajaan dan komuniti perniagaan merupakan pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan inisiatif kerajaan yang akhirnya bermanfaat untuk rakyat. Mk
Anwar jumpa 15 syarikat tersenarai Fortune 500
Baca Artikel Menarik:
- Perkenal semula Kedai Rakyat 1Malaysia – Pemuda UMNO
- Taman bandar bakal jadi tarikan utama TRX
- Itu tunang saya – Noh Salleh
- Saudi akan adakan hubungan dengan Israel – MBS
- Akaun IG Che Ta lesap
- Meninggal ketika ambil wuduk
- Bekas menantu Zainal Abidin dedah Zaiza menyuruh orang menidurinya beramai-ramai
- Rita Nadira digelar ‘anak babi’?
- Saya pegang pen, bukan hisap vape – MP PN
- Makan babi baca Bismillah, Lina Mukherjee dipenjara dua tahun
- Caprice upah ‘bodyguard’ jaga Mondy di Malaysia
- Kenapa Hamzah tolak runding peruntukan dengan Anwar?
- Bila Pak Sheikh naik sheikh
- Radzi Jidin perlu dihukum
- Video viral timbalan menteri beli barang bawah RM200, Fuziah kata video lama
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi
You must be logged in to post a comment.