Neelofa tak ambil tahu status kahwin Engku Emran, Noor Nabila
Bukan benci atau tidak mempedulikan susah senang antara satu sama lain, Neelofa sebaliknya selesa mengambil pendekatan selamat, enggan melayan gosip keretakan perkahwinan kakaknya, Noor Nabila dengan Engku Emran yang kembali hangat diperkatakan ketika ini.
Katanya, biarpun sebagai adik-beradik, dia malas menjadikan gosip sebegitu sebagai modal bercerita sebaliknya hanya mendoakan yang terbaik untuk seisi keluarga.
“Saya tak suka nak ambil tahu. Malas. Kita adik-beradik memang sentiasa mendoakan yang terbaik, dalam apa-apa keadaan sekali pun, bukan kepada dia sahaja.
“Tetapi memang sebenarnya saya saya tak mahu ambil tahu,” kata Neelofa kepada Kosmo! Online usai pelancaran kolaborasi Disney x Naelofar, hari ini.
Tambah Neelofa, kakaknya yang juga ahli perniagaan itu juga tidak pernah meluahkan isi hati atau masalah rumah tangga kepadanya.
Malah isteri kepada PU Riz itu juga tidak nampak sebarang perubahan emosi kakaknya itu.
“Kalau (cerita masalah) dengan saya tidak, tetapi mungkin dengan adik-beradik lain, dia pun tahu saya ada banyak perkara lain untuk diberikan fokus.
“Sepanjang tempoh ini dia biasa saja, jadi saya pun tak tanya. Kecuali kalau dia telefon saya secara peribadi dan cerita, itu lainlah,” katanya mengulas tindakan Emran memadam gambar-gambar Nabila menerusi Instagram.
Bukan kali pertama, desas-desus dakwaan perkahwinan pasangan terbabit di ambang perpisahan pernah tercetus sekitar Februari lalu apabila dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung.
Spekulasi keberantakan hubungan pasangan yang bernikah pada Mac 2021 reda seketika sehinggalah baru-baru ini kembali hangat dek ketiadaan kelibat Emran pada sambutan hari jadi kelima anak tirinya, Jebat Jayden.
Sebelum bersama Nabila, Engku Emran pernah bergelar suami kepada aktres Erra Fazira serta pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Perkenal semula Kedai Rakyat 1Malaysia – Pemuda UMNO
- Taman bandar bakal jadi tarikan utama TRX
- Itu tunang saya – Noh Salleh
- Saudi akan adakan hubungan dengan Israel – MBS
- Akaun IG Che Ta lesap
- Meninggal ketika ambil wuduk
- Bekas menantu Zainal Abidin dedah Zaiza menyuruh orang menidurinya beramai-ramai
- Rita Nadira digelar ‘anak babi’?
- Saya pegang pen, bukan hisap vape – MP PN
- Makan babi baca Bismillah, Lina Mukherjee dipenjara dua tahun
- Caprice upah ‘bodyguard’ jaga Mondy di Malaysia
- Kenapa Hamzah tolak runding peruntukan dengan Anwar?
- Bila Pak Sheikh naik sheikh
- Radzi Jidin perlu dihukum
- Video viral timbalan menteri beli barang bawah RM200, Fuziah kata video lama
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi
Tudung Nelydia Senrose terbang?
You must be logged in to post a comment.