Maut dibaham buaya ketika menangkap ketam
Lahad Datu: Mayat lelaki yang dipercayai dibaham buaya ketika menangkap ketam di kawasan laut Kampung Tinagian, Tanjung Labian, di sini, ditemukan pagi tadi.
Mayat lelaki warga asing berusia 23 tahun ditemukan dalam keadaan tertiarap di tepi pantai berhampiran Pos ATM, Kampung Tanjung Batu, 7.20 pagi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa adalah pekerja am di sebuah ladang kelapa sawit dibaham buaya ketika menangkap ketam bersama tiga rakannya di kawasan laut berkenaan.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada awal pagi ketika mangsa bersama tiga rakannya sedang menangkap ketam di kawasan laut berkenaan.
“Ketiga-tiga rakannya melihat mangsa dibaham buaya dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas sebelum mangsa hilang dari kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Rohan Shah berkata, seterusnya pada 7.20 pagi hari yang sama, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di tepi pantai berhampiran Pos ATM Kampung Tanjung Batu.
Katanya, ketika mayat mangsa ditemui terdapat kesan gigitan iaitu di bahagian lengan kiri dan kepala.
“Selain itu, terdapat kesan calar di bahagian dada dan belakang leher serta punggung mangsa.
“Polis dari Balai Polis Kencana tiba di lokasi sebelum membawa mayat mangsa ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat,” katanya.
Rohan Shah mengingatkan orang ramai di daerah ini terutama yang menjalankan aktiviti di laut atau sungai supaya lebih berhati-hati bagi mengelak ancaman reptilia ini.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sombong, bincang dulu baru dapat peruntukan – Anwar
- Belanjawan2024: Cuepacs minta kenaikan gaji RM300
- Saya takkan beritahu – Wan Hanafi Su
- Anwar jurujual terbaik Malaysia – Zafrul
- Abang Proton kongsi detik perkenanlan dengan Sherry Alhadad
- Lori rempuh kenderaan diarah berhenti oleh polis, 2 maut
- Kita berahi tengok awak, Kelly Azman terima mesej lucah
- Caprice bidas Ustaz Derry
- Jika peruntukan MP bagi orang kahwin, SPRM ambil tindakan
- Menteri terkejut cadangan MP Langkawi bina MRT dari Alor Setar ke Langkawi
- Pelajar dakwa sekolah larang pakai Sari di sekolah untuk sambutan Hari Kebangsaan
- Peranan Mahathir dalam ‘SG4’ tak bawa kesan pun
- Pelajar Tingkatan 3 dirogol dua lelaki Rohingya di Klebang
- Bella Astillah letak syarat berlakon dengan pelakon muda
- DNAA Zahid: Pembangkang sebenarnya tak mahu dengar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET