PN hipokrit, keluar dewan ketika PM jawab isu DNAA

PN hipokrit, keluar dewan ketika PM jawab isu DNAA

Perikatan Nasional (PN) telah menunjukkan sikap hipokrit dalam isu menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri berhubung keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd. Samad berkata, sikap hipokrit itu jelas apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Parlimen semalam untuk menjawab namun mereka beramai-ramai bertindak keluar dewan.



“Nampaklah hipokritnya pemimpin PN ini. Kononnya kes DNAA ini boleh dijadikan isu tetapi tidak berjaya kerana apabila Anwar datang nak jawab, mereka lari.

“Sebelum ini lagi Anwar minta mereka jangan paksanya bawa isu itu ke Parlimen kerana Parlimen bukan mahkamah tapi bila didesak dan diasak, Anwar bersetuju untuk jawab,” katanya dalam rancangan Bicara Khalid menerusi televisyen internet, malam tadi.

Sebilangan besar ahli Parlimen blok pembangkang bertindak keluar dewan selepas berlaku kekecohan apabila Anwar menyebut pentadbiran terdahulu juga pernah membuat keputusan melepaskan tanpa membebaskan dalam beberapa kes terdahulu.

Anwar ketika menjawab DNAA Ahmad Zahid berkata, ia adalah keputusan Peguam Negara mengikut 145 (3) dan beliau menafikan campur tangan dalam perkara itu.



Pada masa sama, Anwar turut menyentuh Ahli Parlimen Putrajaya (Radzi Md. Jidin) pernah buat perkara sama semasa pentadbiran terdahulu dengan merujuk Siti Aisyah yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh warga Korea Utara, Kim Jong-Nam selepas pendakwa raya menggugurkan pendakwaan terhadapnya, pada Mac 2019.

Ia membuatkan Radzi bangun dan teriak meminta Anwar menarik semula tuduhannya dengan menggunakan Aturan Mesyuarat 36(6) kerana mendatangkan sangkaan jahat.

Menurut Khalid, sejak awal keputusan mahkamah lagi pembangkang tidak berpuas hati sehingga menimbulkan rasa hairan dalam kalangan blok kerajaan berhubung apa yang PN mahu.

“Itulah yang kita hairan, mereka buat pertuduhan sebegitu rupa terhadap keputusan DNAA Ahmad Zahid dan tuntut supaya isu ini dijawab oleh PMX dalam Parlimen.



“Semalam PMX datang ke Parlimen untuk memberikan penjelasan dan jawapan dengan menyatakan kes itu adalah kehendak Peguam Negara sendiri dan dia tidak campur.

“Maka andaian menyatakan PMX yang arahkan Peguam Negara untuk mengambil tindakan itu adalah satu andaian. Namun, penjelasan PMX langsung tidak mahu dengar. Ini yang kita hairan,” katanya.

Sehubungan itu, kata Khalid, apa yang berlaku di Parlimen semalam sekali lagi membuktikan PN bukan hendak mendapatkan penjelasan atau hendak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Sebaliknya, kata beliau, mereka mahu membuat kekecohan dengan andaian yang tidak relevan.



Jelas Khalid lagi, kalau betul Anwar yang arahkan, mustahil perkara itu dibuat ketika dua atau tiga hari lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram berlangsung.

“Ini memang cari penyakitlah tapi mujurlah kita dapat mengawalnya dan menang di dua kerusi. Walaupun jumlah undi kepada calon PH-BN berkurangan, itu perkara biasa dalam pilihan raya, asalkan ia tidak menjejaskan jumlah kerusi di Parlimen dan DUN,” katanya. MG

PN hipokrit, keluar dewan ketika PM jawab isu DNAA

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?



Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker