Muafakat Nasional buat pelawaan rasmi kepada PPBM, kata Annuar

Muafakat Nasional membuat pelawaan rasmi kepada PPBM untuk menyertai pakatan itu, kata setiausaha bersama Sekretariat Muafakat Nasional Annuar Musa hari ini.

Katanya, presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan presiden PAS Abdul Hadi Awang serta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selaku presiden PPBM telah membincangkan perkara itu sejak berbulan lalu.

“Kira-kiranya kami sudah mempelawa secara rasmi, namun kami tidak tergesa-gesa. Setiap parti ada prosedur, termasuk membawa cadangan itu ke Majlis Tertinggi parti masing-masing untuk dibincangkan.

“Kami hanya tunggu keputusan mereka. Apa yang penting bagi PPBM, Umno dan PAS ialah kita harus kekalkan hubungan kerjasama yang harmoni,” katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Awam Bukit Kiara di sini.



Muafakat Nasional merupakan kerjasama politik Umno dan PAS yang ditubuhkan pada Himpunan Penyatuan Ummah, 14 Sept tahun lepas.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga menteri Wilayah Persekutuan yakin perkara itu akan selesai menjelang ulang tahun pertama kerjasama berkenaan. Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker