Gula pula dijangka kurang

Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin berkata harga gula antarabangsa sekarang naik antara RM3.60 hingga RM3.80 untuk 1kg (bagi beg 50kg).

Gula pula dijangka kurang

Rakyat yang sedang berdepan kekurangan beras tempatan dijangka menghadapi masalah kekurangan gula pula.

Ini kerana kata Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin, harga pasaran antarabangsa gula mula naik.

“Selepas kekurangan beras tempatan, krisis yang akan datang adalah gula. Sebab gula juga ada harga kawalan, iaitu 1kg RM2.85. Tapi, harga gula antarabangsa sekarang dah naik antara RM3.60 hingga RM3.80 untuk 1kg (bagi beg 50kg). Logiknya, kalau harga beza, akan berlaku ketirisan.

“Sekarang pun sudah ada pasar raya yang meletakkan had pembelian lima peket saja. Maknanya, apabila sudah ada had, ada masalah,” katanya menurut Harian Metro.

Justeru, beliau menyeru kerajaan mengambil tindakan segera sebelum masalah itu berlaku.

“Kerajaan perlu buat sesuatu yang terbaik secepat mungkin. Apa guna jual murah kalau ada ketirisan.”

Negara sedang berdepan kekurangan beras tempatan selepas Padiberas Nasional Bhd menyelaras harga jualan beras putih import kepada RM3,200 per tan metrik mulai 1 Sept lalu yang menyebabkan peningkatan permintaan untuk beras tempatan lebih murah.

Gula pula dijangka kurang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?

Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker