Puteri Zarith fail penceraian

Puteri Zarith fail penceraian

Usahawan dan pempengaruh popular, Puteri Zarith mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Munzir Shkori pada Mei lalu.

Puteri ketika dihubungi Harian Metro berkata, keputusan itu dibuat selepas melalui proses perbincangan secara harmoni dan baik.



“Kami sudah tiada persefahaman dan mengambil keputusan untuk berpisah serta fokus dengan kerjaya masing-masing.

“Hubungan kami mula bermasalah sejak lebih setahun lalu. Saya ambil keputusan untuk tidak teruskan perkahwinan ini supaya segala hal yang terjadi tidak memberi kesan buruk kepada kerjaya serta emosi anak-anak.

“Saya enggan masalah (rumah tangga) ini terus berpanjangan. Rasa penat bila benda negatif berada di sekeliling kita.

“Saya pilih untuk fokus pada ketenangan dan tak nak masalah ini terus mengganggu segala misi yang ingin dicapai,” katanya.



Menurut Puteri, dia sudah cuba berusaha mempertahankan mahligai rumah tangga yang dibina hampir 14 tahun itu, namun menganggap jodoh mereka setakat ini.

“Tipulah kalau tiada usaha untuk berdamai sebab perkahwinan kami sudah lama. Masing-masing cuba mempertahankan rumah tangga ini, tapi mungkin jodoh kami sampai di sini.

“Kami berserah kepada Allah. Sepanjang proses ini saya sudah lakukan solat istikharah dan mungkin ini jalan terbaik untuk kami.

“Alhamdulillah hubungan kami masih baik terutama membabitkan urusan anak-anak walaupun mereka masih belum mengetahui mengenai perpisahan ini,” katanya.



Terdahulu, banyak pihak mula berteka-teki mengenai status rumah tangga pasangan ini apabila mereka jarang kelihatan bersama termasuk tiada kandungan bersama di media sosial.

Status perhubungan mereka turut mendapat perhatian di TikTok apabila netizen mula membuat carian mengenai status rumah tangga mereka.

Puteri dan Dr Munzir Shkori mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2009 dan dikurniakan dua anak. HM

Puteri Zarith fail penceraian



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin



Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]



5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker