Irmohizam rakyat Malaysia pertama dipilih Ahli Lembaga WTCA

Irmohizam rakyat Malaysia pertama dipilih Ahli Lembaga WTCA

Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menjadi rakyat Malaysia pertama dipilih sebagai ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA).

Beliau terpilih antara 18 calon yang bertanding untuk mengisi 12 kerusi terbuka Lembaga Pengarah WTCA.



WTCA yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat mempunyai lebih daripada 340 anggota daripada 90 negara di seluruh dunia.

Sebelum ini, Irmohizam juga menjadi satu-satu rakyat Malaysia yang pernah menjadi Pengerusi Persidangan dan Pameran Majlis Anggota Penasihat (MAC) WTCA.

Menerusi pemilihan itu, ia sekali gus mencerminkan sumbangan dan kepimpinan luar biasa beliau dalam industri Acara Perniagaan (BE) di peringkat global.

Pengalaman dan kepakaran beliau yang luas menjadikannya seorang tokoh yang disegani dalam bidang itu dan beliau turut berkhidmat dengan aktif sebagai ahli Lembaga Penasihat bagi Persatuan Penganjur & Pembekal Konvensyen & Pameran Malaysia (MACEOS).



Pemilihan sebagai ahli Lembaga Pengarah WTA juga kerana kedudukan beliau sebagai Pengerusi MAC WTCA serta peneraju terkemuka dalam industri BE yang sekali gus mengukuhkan lagi peranan Malaysia di pentas global.

Mengulas mengenai kejayaannya itu, Irmohizam berkata, beliau bangga dan berbesar hati dengan peluang yang diberikan untuk berkhidmat dalam Lembaga Pengarah WTCA.

“Ini adalah pencapaian penting bukan saja untuk saya tetapi juga untuk Malaysia, dan ia mencerminkan kekuatan dan potensi negara kita dalam komuniti Acara Perniagaan global.

“Saya komited untuk bekerja tanpa jemu untuk membawa Malaysia ke hadapan dalam industri ini dan menjadikan kita lebih kuat sebagai salah satu pemain industri.



“Kita mampu untuk bersama-sama mencipta perkara yang hebat untuk negara kita dan komuniti perniagaan antarabangsa” katanya.

Dengan pelantikan itu, Irmohizam dijemput menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah WTCA yang pertama dan juga terbabit dalam WTCA Member Forum 2023 pada bulan depan di New York, Amerika Syarikat.

Selain, Irmohizam turut dipilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah WTCA yang baru adalah Vijay Kalantri dari WTC Mumbai; Catherine Lee (WTC Suzhou), Christina Shen (WTC Shenyang), Vineet Verma (WTC Bengaluru) dan Freerk Faber (WTC Twente). BH

Irmohizam rakyat Malaysia pertama dipilih Ahli Lembaga WTCA



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin



Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]



5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker