Harga beras tempatan tak naik, yang YB makan tu beras import, mahal
Harga beras tempatan tak naik, yang YB makan tu beras import, mahal
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berang dengan dakwaan Rosol Wahid (PN- Hulu Selangor) kononnya berlaku peningkatan secara mendadak harga beras tempatan.
Menjawab dakwaan itu, Mohamad mengkritik Rosol yang bangkit mencelah dan membuat tuduhan tanpa mendengar penjelasan yang dibuatnya sejak dari awal sesi penggulungan.
“(Harga) beras tempatan ni kekal… tak masuk masa kami bercakap (pasal beras). Masuk mencelah tak kena.
“RM26 ringgit, harga beras tempatan tak naik, yang (naik) itu harga (beras) import. Beli yang import tu kenapa? Itu yang YB makan beras import, cakap beras mahal.
“Sebab itu kita cakap (tentang) intervensi, Fama dan perlandangan…(Ini) tak dengar, datang mencelah begini. Lepas tu balik cerita kat orang kampung,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Mohamad berkata demikian ketika sesi penggulungan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu Rosol Wahid yang baru berada di dalam dewan ketika Mohamad berucap membangkitkan isu kenaikan harga beras tempatan yang dibangkitkan oleh pengguna di luar sana.
Mohamad bagaimanapun menafikan kenaikan harga barangan asas itu dan mengkritik Rosol kerana gagal mendengar penjelasannya dari awal.
Menjawab kritikan Mohamad, Rosol mengingatkan Presiden Amanah itu supaya tidak marah dengan apa yang dibangkitkannya.
“Janganlah marah, saya tanya saja,” kata Rosol.
Sementara itu, Mohamad ketika menggulung perbahasannya, juga memaklumkan bahawa Malaysia mempunyai stok bekalan beras sebanyak 900,000 tan iaitu 250,000 tan stok penimbal dan 650,000 tan bagi stok dagangan.
Katanya, bekalan ini mencukupi bagi menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.
Susulan itu, menteri tersebut, berkata masih belum ada keperluan mendesak yang bersifat kecemasan untuk menggunakan stok penimbal beras.
Dia berkata, stok dagangan sedia ada sebanyak 650,000 tan itu masih mencukupi bagi menampung keperluan domestik. FMT
Harga beras tempatan tak naik, yang YB makan tu beras import, mahal
Baca Artikel Menarik:
- Pelajar kolej cabul junior dalam tandas, asrama didakwa
- JKM tolonglah saya – Zaiton Sameon
- Che Ta jawab dakwaan Rosyam
- Zarina, Khazrul sama gila
- Kenapa tak pisah kuasa AG, pendakwaan ketika berkuasa – Azalina
- Fitnah jahat, Ebit Lew lapor polis
- Mahathir PM11?
- Demo ‘talian hayat’ PN untuk tarik simpati rakyat
- Pemilik bengkel maut ditembak dalam trak pikap di Machang
- Anggota JPJ tertonggeng dirempuh penunggang motosikal disenarai hitam [VIDEO]
- Jadi penasihat Menteri Besar PAS, Mahathir jilat ludah sendiri
- Berang digelar dukun palsu, pengamal paranormal bunuh suami isteri
- Fasha tak hairan, ramai ‘follow’ dari ‘unfollow’
- Dia tutup langsir, tarik kain jubah – Mondy
- Diva AA dakwa disihir artis pakai bulu mata lebat dan ada anak sundal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin
Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.