Hairan, dulu tak suka GST- Ahmad Maslan

Hairan, dulu tak suka GST- Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan hairan kerana dahulu ramai tidak menyukai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehingga beliau menerima tentangan yang sangat hebat.

Antara pihak yang mula menerima GST ialah Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan penganalisis serta lain-lain.

Sehubungan itu, katanya, penjelasan mengenai cukai itu perlu dilakukan secara berterusan.

“Hairan. Dulu ramai tak suka #GST. Kini ramai yg suka pula. Termasuk FMM, DPMM, peniaga, penganalisis.

“Dulu saya berhadapan dgn tentangan yg sangat hebat. Kini ramai yg bantu beri penjelasan. Sekitar 173 negara atau 90% sedang laksana GST/#VAT.
“Kini ramai yang suka pula. Termasuk FMM, DPMM, peniaga, penganalisis,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial.

Sementara itu Ahmad memberi jaminan kerajaan tidak akan melaksanakan GST tahun ini dan masih belum membuat sebarang keputusan untuk memperkenalkan semula cukai berkenaan.

Tambahan pula, katanya, GST hanya disebut secara lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar.

“Adakah GST akan dilaksana? Tahun ini tentu tidak. Tiada keputusan untuk akan datang.

“PM Datuk Seri Anwar Ibrahim sebut bahawa subsidi bersasar perlu dilaksana dulu, kurangkan subsidi kepada orang kaya baru fikir tentang kembalikan GST. Namun, kajian dan penjelasan utk kefahaman rakyat diteruskan,” kata Ahmad.

Pada 13 September lalu, Anwar berkata kerajaan perlu mengurangkan subsidi kepada golongan kaya sebelum memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Melalui wawancara bersama Bloomberg ketika Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Institut Milken, Perdana Menteri mengakui bahawa GST adalah sistem cukai yang paling cekap dan telus.

Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (Mata) antara yang dilapor menyarankan, Kerajaan perlu membuat pertimbangan serius untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan penetapan kadar tiga atau empat peratus.

Setiausaha Agung Mata Dr Mohd Fairuz A Razak berkata, pertimbangan itu diperlu diberi perhatian memandangkan sifat dan mekanisme GST, antara lain dapat membantu kerajaan dalam aspek kutipan hasil cukai khususnya dalam sektor ekonomi tidak formal.

GST pertama kali dilaksanakan pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus yang kemudiannya mendapat tentangan oleh ahli politik pembangkang.

Bagaiamanapun kaedah percukaian itu digantung pada 2018 selepas kerajaan Pakatan Harapan pimpian Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambilalih pentadbiran negara. MG

Hairan, dulu tak suka GST- Ahmad Maslan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin

Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]

5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker