3 Mahasiswa cedera ditikam
Tiga individu telah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan berikutan insiden tikam yang didakwa berlaku di Universiti Kebangsaan Australia (ANU) di sini pada Isnin, lapor media kerajaan.
Anggota polis dan ambulans telah dikejarkan ke kampus ANU di Canberra kira-kira 2.45 petang waktu tempatan pada Isnin berhubung insiden tikaman itu, Xinhua memetik laporan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).Jurucakap Australian Capital Territory (ACT) Policing memberitahu ABC bahawa tiga orang telah dibawa ke hospital dan seorang ditahan berhubung kejadian itu.
Daripada mereka yang dibawa ke hospital, dua cedera ditikam manakala seorang lagi didakwa diserang.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial, ANU meminta orang ramai untuk menjauhi kawasan Fellows Oval di kampus itu di pinggir bandar Canberra.
“Terdapat insiden di kampus,” katanya.”Polis berada di tempat kejadian dan keadaan terkawal, dengan seorang individu ditahan.”
ABC melaporkan polis mahupun universiti tidak dapat mengesahkan jika individu yang terlibat dalam kejadian itu adalah pelajar atau kakitangan ANU. – Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pelajar kolej cabul junior dalam tandas, asrama didakwa
- JKM tolonglah saya – Zaiton Sameon
- Che Ta jawab dakwaan Rosyam
- Zarina, Khazrul sama gila
- Kenapa tak pisah kuasa AG, pendakwaan ketika berkuasa – Azalina
- Fitnah jahat, Ebit Lew lapor polis
- Mahathir PM11?
- Demo ‘talian hayat’ PN untuk tarik simpati rakyat
- Pemilik bengkel maut ditembak dalam trak pikap di Machang
- Anggota JPJ tertonggeng dirempuh penunggang motosikal disenarai hitam [VIDEO]
- Jadi penasihat Menteri Besar PAS, Mahathir jilat ludah sendiri
- Berang digelar dukun palsu, pengamal paranormal bunuh suami isteri
- Fasha tak hairan, ramai ‘follow’ dari ‘unfollow’
- Dia tutup langsir, tarik kain jubah – Mondy
- Diva AA dakwa disihir artis pakai bulu mata lebat dan ada anak sundal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.