Taiwan diceroboh, 28 jet pejuang China lintasi selat Taiwan

eijing meningkatkan tekanan ketenteraan dan diplomatik ke atas Taiwan sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila hubungan semakin memburuk. – Foto AGENSI

TAIPEI: Kira-kira 28 pesawat pejuang China dikesan mengelilingi Taiwan hari ini dengan kebanyakannya melintasi garis tengah Selat Taiwan untuk misi ‘jarak jauh’ yang tidak ditentukan, menurut pihak berkuasa Taipei.

Kementerian Pertahanan Taiwan, berkata 20 daripada pesawat yang dikesan itu melintasi garisan median laluan air yang memisahkan Taiwan dan tanah besar China, memasuki zon pengenalan pertahanan udara tenggara dan barat daya pulau yang diperintah sendiri itu.

“China sedang menjalankan misi seperti latihan jarak jauh dan pihak berkuasa sedang memantau keadaan dengan pesawat peronda dan kapal,” menurut kementerian itu.

Sekian lama, Beijing mendakwa Taiwan sebagai wilayahnya dan akan merampas pulau itu suatu hari nanti walaupun terpaksa menggunakan kekerasan.



Beijing juga meningkatkan tekanan ketenteraan dan diplomatik ke atas pulau itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila hubungan semakin memburuk.

Minggu lalu, Taipei melaporkan peningkatan jumlah pencerobohan oleh kapal terbang dan kapal perang China, selepas Beijing menyatakan tenteranya berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan dua kapal milik Amerika Syarikat (AS) dan Kanada melakukan transit melalui Selat Taiwan bulan ini.

Kementerian Pertahanan Taiwan berkata, 68 pesawat China dan 10 kapal tentera laut dikesan di sekitar pulau itu antara pagi Rabu dan Khamis lalu.

Sebahagian daripada pesawat dan kapal perang terbabit sedang menuju ke kawasan yang tidak ditentukan di Pasifik Barat, dikatakan untuk menjalankan latihan laut dan udara bersama dengan kapal pengangkut pesawat Shandong China.



Shandong, satu daripada dua kapal pengangkut pesawat yang beroperasi dalam armada China dikesan pada Isnin lalu sekitar 110 kilometer tenggara Taiwan menuju ke Pasifik Barat. Bagaimanapun, China enggan mengulas lanjut.

Pada April lalu, Beijing menjalankan latihan ketenteraan untuk mensimulasikan pengepungan pulau itu, selepas Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen bertemu Speaker Dewan Rakyat AS, Kevin McCarthy di California.

Pada waktu itu, Taiwan mengesan 71 pesawat pejuang China dalam tempoh 24 jam, menyamai rekod tertinggi harian yang ditetapkan pada Disember 2022. – AFP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA



Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker