Russia dan Korea Utara bergabung tingkat kerjasama ketenteraan

Russia’s President Vladimir Putin and North Korea’s leader Kim Jong Un attend a meeting at the Vostochny Cosmodrome in the far eastern Amur region, Russia, September 13, 2023 in this image released by North Korea’s Korean Central News Agency. KCNA via REUTERS

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu mengadakan perbincangan dalam usaha untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan yang disifatkan sebagai ‘zaman kegemilangan baharu’ untuk hubungan dua hala.

Agensi berita KCNA melaporkan, Jong Un turut dibawa memeriksa senjata pengebom strategik berkeupayaan nuklear Russia, peluru berpandu hipersonik dan kapal perang sambil diiringi Shoigu.

Malah, Jong Un juga akan melawat ke beberapa perusahaan makanan serta Armada Laut Pasifik Russia yang dilengkapi dengan kapal selam nuklear strategik.

“Jong Un dan Shoigu saling bertukar pendapat mengenai isu praktikal yang timbul dalam mengukuhkan lagi penyelarasan strategik dan taktikal, kerjasama dan pertukaran bersama antara angkatan tentera kedua-dua negara dalam bidang pertahanan serta keselamatan negara.

“Jong Un yang disifatkan jarang meninggalkan negaranya dilihat sebagai melakukan langkah baharu dalam usaha mengeratkan hubungan persahabatan dan perpaduan antara Korea Utara dan Russia,” menurut agensi berita itu.

Pemimpin Korea Utara itu juga dilaporkan akan bertemu Presiden Russia, Vladimir Putin pada Rabu ini bagi membincangkan hal ketenteraan, perang di Ukraine dan mempertingkatkan kerjasama.

Susulan pertemuan itu, Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya bimbang mengenai kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara terbabit ketika Russia meneruskan pencerobohan ke atas Ukraine serta Korea Utara meneruskan pembangunan peluru berpandu dan nuklearnya.

Korea Selatan dan AS berkata, kerjasama ketenteraan antara Korea Utara dan Russia akan melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Pyongyang.

Sementara itu, Shoigu berkata, Moscow sedang membincangkan latihan ketenteraan bersama Korea Utara.

Ia memandangkan beliau sudah berkunjung ke Pyongyang pada Julai lalu dan melawat pameran senjata iaitu satu tanda paling ketara untuk mengeratkan hubungan sehingga ke tahap berkenaan.

Awal bulan ini, Korea Utara melancarkan ‘kapal selam serangan nuklear taktikal’ operasi pertamanya. – REUTERS

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker