PAS mahu Mahathir sebagai ketua de facto PN

PAS mahu Mahathir sebagai ketua de facto PN

Langkah Perikatan Nasional (PN) menjadikan Dr Mahathir Mohamad penasihat tidak rasmi kepada kumpulan negeri pimpinan pembangkang bertujuan menonjolkan beliau sebagai ketua de facto bagi gabungan itu, kata seorang bekas menteri persekutuan.

Salleh Said Keruak mendakwa inilah sebabnya Pengerusi PN Muhyiddin Yassin tidak dijemput ke pertemuan antara Mahathir dan beberapa pemimpin PAS awal bulan ini.



“Ini langkah bijak untuk meletakkan semula beliau (Mahathir) di barisan depan politik,” kata Salleh di Facebook.

Pada PRU15 tahun lepas, Mahathir kehilangan kerusi Langkawinya kepada Suhaimi Abdullah daripada PN.

Salleh percaya, pilihan Muhyiddin “terhad” dan beliau harus mengikut “sebarang keputusan” dibuat oleh PAS berhubung peranan yang akan dimainkan oleh Mahathir dalam gabungan itu pada masa akan datang.

Malam tadi dilaporkan bahawa empat negeri bawah pentadbiran PN bersetuju mewujudkan kerjasama dikenali sebagai “State-Government 4” atau SG4 bersama bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.



Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, menteri besar Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan membincangkan pelan tindakan bagi kumpulan SG4 itu, dengan Mahathir memainkan peranan tidak rasmi, antaranya dalam aspek tadbir urus dan hubungan dengan pelabur luar.

Pada 2 Sept, Mahathir bertemu dengan delegasi pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presiden Hadi Awang dan Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, serta menteri-menteri besar Shukri Ramli (Perlis), Sanusi Md Nor (Kedah), Nassuruddin Daud (Kelantan) dan Samsuri. FMT

PAS mahu Mahathir sebagai ketua de facto PN

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)

Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali



Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker