Harap tiada pertempuran semasa demo Sabtu ini – Zahid

Harap tiada pertempuran semasa demo Sabtu ini – Zahid

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berharap himpunan ‘Selamatkan Malaysia’ bagi membantah keputusan melepas tanpa membebaskannya (DNAA), yang dijadualkan pada Sabtu ini, berlangsung dengan aman.

“Kita adalah negara demokrasi, satu pihak mahu menganjurkan himpunan, dan satu lagi mahu mengadakan himpunan balas.



“Saya harap tidak akan berlaku pertempuran di jalanan,” kata presiden Umno itu pada sidang media selepas merasmikan program Halal Sector Forum 2023 di Kuala Lumpur, hari ini.

Zahid berkata demikian ketika mengulas perhimpunan yang dirancang oleh pemuda Perikatan Nasional (PN) di luar Kompleks Sogo di Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Pada 10 September lalu, Pemuda PN mengumumkan rancangan mereka untuk berkumpul bersama beberapa NGO sebagai tanda protes terhadap keputusan Jabatan Peguam Negara menghentikan prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Zahid.

Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari berkata himpunan “Selamatkan Malaysia” tersebut bertujuan “membuka mata rakyat” mengenai kes berkenaan.



Himpunan tersebut dijadual pada Sabtu sempena sambutan Hari Malaysia.

Susulan pengumuman itu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos yang terkenal dengan pergerakan “baju merahnya” itu menyarankan perhimpunan balas.

Kata Jamal langkah itu perlu dibuat bagi menyelamatkan negara ini daripada pembangkang terbabit.

Selain PN dan Jamal, Selain PN, Muda juga memaklumkan parti itu merancang untuk menganjurkan protes dengan kerjasama pertubuhan masyarakat sivil. Tetapi setakat ini, belum ada butiran mengenai perhimpunan mereka.



Bersih juga dilaporkan sedang merancang “kempen” mereka sendiri sebagai tindak balas kepada kontroversi mengenai keputusan pendakwa raya menarik balik tuduhan rasuah terhadap Zahid.

Sementara itu, mengulas pencerahan isu DNAA, Zahid berkata dia menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) ke-15 Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.

Ia susulan kenyataan Pengerusi PSSC, William Leong Jee Keen, yang juga ahli Parlimen Selayang, semalam bahawa jawatankuasa itu akan memanggil peguam negara bagi memberi penjelasan.

“Apa yang dicadangkan YB William itu sebagai Pengerusi PSSC itu adalah pengumuman yang dilakukan pada sidang khas membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12.



“Kita serahkan kepada jawatankuasa itu untuk melakukan langkah ke arah pencerahan isu berkenaan,” katanya. Mk

Harap tiada pertempuran semasa demo Sabtu ini – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker