Apungkan harga beras, selesai masalah

Apungkan harga beras, selesai masalah

Persatuan Peruncit Bumiputra Malaysia (BRO) berkata, kerajaan perlu ada kehendak politik (political will) yang kuat untuk mengapungkan subsidi terutama bagi beras tempatan supaya masalah bekalan yang berlarutan sejak berbulan-bulan ini dapat diselesaikan segera.

Presidennya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pelaksanaan pengapungan harga beras itu perlu mengambil kira keadaan semakin mendesak memandangkan bekalan di seluruh dunia mengalami kekurangan.

“Kerajaan masih meneruskan subsidi beras, telur, minyak masak dan beberapa item lagi tetapi pada masa sama bekalan tidak mencukupi. Jadi apa perlunya subsidi jika barang keperluan tidak ada di kedai atau pasar-pasar raya.

“Bekalan beras sudah dua bulan bermasalah, isu bekalan telur yang disubsidi juga masih belum selesai,” katanya.

Ameer berkata, kerajaan tidak sepatutnya menunggu terlalu lama lagi untuk melaksanakan subsidi bersasar, memandangkan segala pilihan raya sudah pun berakhir.

Katanya, jika kerajaan terus mengambil pendirian untuk tunggu dan lihat lagi, dikhuatiri timbul isu-isu besar lain yang tidak dijangka terus mengekang kerajaan membuat keputusan sukar dan mencabar berhubung subsidi.

“Paling penting sekarang kena buat keputusan cepat, lagi pantas buat keputusan kita dapat tangani isu bekalan makanan,” ujarnya.

Ameer percaya pengapungan harga beras dan telur, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan isu kekurangan bekalan.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa. Pada saya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, mahupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sudah memberi banyak input mengenai situasi terkini, namun terpulanglah kepada Kerajaan Persekutuan untuk memutuskannya.

Ameer mengakui bekalan beras di pasar-pasar raya Mydin sudah kekurangan bekalan sejak dua bulan lalu dan sehingga hari ini pembekal hanya mampu menghantar 3.0 hingga 5.0 peratus daripada tempahan bekalan beras yang dibuat.

“Bila keadaan macam ini, saya pun tak tahu beras pergi mana? Adakah beras disembunyikan atau ditukar kepada bungkusan beras import kerana beras ini lebih mahal, saya tak pasti. Cuma masalah ini kena atasilah segera,” tambahnya.

Beliau yang cukup berpengalaman dalam perniagaan runcit di negara ini berkata, keadaan yang melanda sekarang bukan luar biasa kerana ia akan berlaku apabila semua harga makanan dunia naik.

“Ketika seluruh dunia menyaksikan harga bekalan naik, Malaysia pula buat kawalan harga, memang akan jadi macam inilah.

“Saya harap kerajaan segera apungkan harga bekalan makanan yang disubsidi supaya isu kekurangan bekalan dapat diatasi,” tambahnya.

Ameer percaya kerajaan mempunyai pelbagai mekanisme untuk membantu golongan B40 jika harga makanan keperluan diapungkan termasuk meningkatkan bantuan tunai menggunakan semula kos subsidi bernilai RM1.8 bilion untuk diagihkan kepada golongan tersebut.

“Dengan peningkatan bantuan tunai ini, golongan B40 boleh menggunakan wang tersebut membeli keperluan makanan termasuk beras, telur dan lain-lain. Bahkan dengan adanya wang tersebut B40 boleh menikmati kualiti makanan yang lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya lagi.

Beliau juga tidak menolak mungkin dengan kaedah itu tanggungan subsidi kerajaan dapat dikurangkan kerana Sumbangan Tunai Rahmah hanya melibatkan golongan yang betul-betul memerlukan bantuan sahaja sedangkan subsidi makanan yang perlu ditanggung kerajaan jauh lebih besar. MG

Apungkan harga beras, selesai masalah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)

Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker