Anwar tegas mahu dana 1MDB dirampas kembali dari Goldman Sachs

PM Anwar berkata demikian apabila ditanya sejauh mana beliau sanggup berusaha mendapatkan kembali dana itu sekiranya Goldman Sachs tidak memberikan kerjasama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan melakukan segala yang perlu untuk mendapatkan kembali dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada Goldman Sachs.

Anwar berkata tidak ada tempoh masa untuk mendapatkan kembali dana tersebut kerana skandal 1MDB itu telah berlarutan sejak sekian lama.

“Tetapi saya fikir saya akan menyampaikan jelas kepada Goldman Sachs bahawa kita perlu menamatkan perkara ini. Tetapi ia bergantung kepada mereka. Mereka perlu bersedia. Mereka tidak boleh mengelak.

“Anda boleh katakan yang kami tidak stabil dari segi politik yang anda boleh biarkan begitu sahaja dan tidak masuk campur. Bukan begitu. Kami tidak akan berhenti di situ, kerana ia bukan wang saya,” katanya semasa sesi khas ‘A Conversation with the Prime Minister of Malaysia’ yang dikendalikan oleh pengacara dan ketua koresponden antarabangsa untuk Asia Tenggara, Bloomberg Haslinda Amin pada Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Milken Institute di Singapura.

Perdana Menteri berkata demikian apabila ditanya sejauh mana beliau sanggup berusaha mendapatkan kembali dana itu sekiranya Goldman Sachs tidak memberikan kerjasama.

Anwar menegaskan kerajaan mahu mengembalikan semula dana itu kepada rakyat bagi tujuan menyediakan keperluan pendidikan, kesihatan awam dan kemudahan asas kepada mereka.

Justeru, katanya, Goldman Sach tidak boleh bersikap tidak acuh mengenai perkara tersebut.

“Sehingga sekarang, Goldman Sachs tidak begitu memberikan kerjasama. Jadi saya akan berada di New York minggu depan, saya akan bertegas. Sekurang-kurangnya mereka perlu berunding apa yang menjadi masalah.

“Ia telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu. Saya ada isu yang perlu dibangkitkan, dan sesetengah isu boleh diselesaikan secara baik. Saya fikir ia tidak perlu dipanjangkan.
“Kami mungkin sebuah negara kecil, tetapi anda tidak memperdayakan kami,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)

Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker