UMNO bekerjasama dengan PH bukan kahwin dengan DAP

MCA dan MIC jangan cepat melatah

UMNO bekerjasama dengan PH bukan kahwin dengan DAP

Dua naib presiden MCA dan MIC mahu pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan serius gesaan komponen itu ‘berpisah’ dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP pada pilihan raya.

Ti Lian Ker dan T Mohan berpendapat cadangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil itu wajar dipertimbang supaya BN tidak ‘ditenggelamkan’ dan menjadi pengikut PH yang hanya menambah kemarahan akar umbi.

“Kalau tidak mahu hilang warna biru, kita harus setuju dengan Isham kecuali kalau nak jadikan baju biru kepada merah (menjadi pengikut kepada PH semata-mata),” kata Ti dari MCA kepada FMT merujuk gesaan Umno berpisah dengan PH pada pilihan raya, namun kekal sebahagian kerajaan perpaduan.

Ti berkata BN tiada masalah bertanding bersendirian dengan mengambil contoh ketika mentadbir Putrajaya dengan Perikatan Nasional (PN) pada 2020 hingga 2022, komponen itu bergerak solo pada PRN Melaka serta Johor yang menyaksikannya menang besar.

“Itulah landasan sebenarnya, kita bersama dalam kerajaan (dengan PN) tetapi apabila pilihan raya masing-masing membawa perjuangan sendiri,” katanya mendakwa ramai akar umbi tidak menerima kerjasama dengan DAP.

Menurut Ti, keadaan itu berlaku kerana mereka masih meragui keikhlasan DAP yang dilihat hanya mahu mendapatkan sokongan Melayu dari Umno untuk kekal berkuasa.

“DAP cuma nak ambil Umno melalui pintu belakang dengan ketepikan komponen MIC dan MCA dalam BN, pemimpin atasan mungkin nampak bersama tetapi di bawah masih renggang (hubungan Umno-DAP).

“Kita tak perlu gopoh tetapi perlu waspada dengan maklum balas akar umbi…jangan terlalu cepat nak ‘kahwin’ dengan DAP,” katanya.

Ti turut mendesak DAP meminta maaf kepada MCA kerana pernah menggelarnya sebagai ‘anjing suruhan’ Umno.

MCA harus cermin diri apabila gagal dan telah ditolak secara langsung oleh orang Cina. Dua kerusi dimenangi MCA pun kerana undi orang UMNO. Perlu lihat realiti semasa, keadaan dewasa ini tidak mengizinkan BN untuk bergerak solo. Perlu ingat kerjasama BN adalah dengan PH bukan DAP sahaja.

Sementara itu, Mohan dari MIC berkata cadangan Isham perlu dibincangkan secara serius oleh pucuk pimpinan jika ingin melihat kesinambungan BN.

Namun beliau juga mencadangkan Umno mencari rakan kerjasama lebih baik berbanding DAP jika benar-benar mahu menarik sokongan pengundi Melayu.

“Lebih baik Umno kerjasama dengan PAS, sebab (sekarang) kalau nak bergerak solo tak relevan buat Umno,” katanya.

MIC juga parti yang telah ditolak secara langsung oleh orang India. Kenapa MIC tidak mahu kerjasama dengan IPF , KIMMA dan lain-lain. Pandai pulak suruh UMNO kerjasama dengan PAS. Jangan lupa UMNO telah pun bekerjasama dengan PAS sebelum ini namun ditikam belakang oleh mereka. Sekiranya MCA dan MIC berasa musykil bersama UMNO bolehlah sertai PN. Tak payah tunggu lama-lama lagi.

UMNO bekerjasama dengan PH bukan kahwin dengan DAP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker