Muhyiddin diambil keterangan oleh USJT
Muhyiddin diambil keterangan oleh USJT
Kira-kira 20 petugas media berkumpul sejak pukul 9 pagi ini di hadapan Bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Jalan Sentral di sini, susulan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diambil keterangan hari ini.
Beliau akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman berkaitan isu ‘fakta’ haram dalam ucapannya ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, di Kempas, Johor.
Bekas Perdana Menteri itu dilihat tiba di bangunan itu menaiki Toyota Vellfire pada 9.28 diiringi beberapa pegawai pengiring.
Bagaimanapun, petugas media dihalang untuk membuat liputan termasuk mengambil gambar di bangunan tersebut.
Seorang individu yang mendakwa pegawai media bekas Perdana Menteri itu turut menegah pengamal media berkumpul selain mempersoalkan kehadiran di situ.
Difahamkan, pengawai penyiasat USJT telah tiba dan proses rakaman percakapan sedang dijalankan.
Pada 5 September lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, dua laporan polis dibuat terhadap Muhyiddin.
2 September lalu, dalam ucapan berkenaan, Muhyiddin didakawa menyatakan ‘fatwa’ haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat, pada PRK Parlimen Pulai, yang berlangsung Sabtu lalu.
Susulan itu, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Utusan
Muhyiddin diambil keterangan oleh USJT
Baca Artikel Menarik:
- Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan
- Mahathir, Muhyiddin gagal lagi
- Tolong faham, saya artis – Hael Husaini
- Jangan diuji diamku – bekas isteri ND Lala
- Baby Shima buat hal lagi
- Norman Hakim dipuji cerdik
- Ali Puteh perli Abby Abadi
- Tiga langkah positif Muda tinggalkan kerajaan Perpaduan
- Muak dengan ahli politik guna rakyat untuk kepentingan peribadi – KP UMNO
- Selamatkan Malaysia melalui Parlimen bukan di jalanan, Zawawi bidas Fadli
- Norman Hakim mohon maaf
- Bukan sabotaj himpunan RXZ, polis perjelas Op Khas Motosikal
- Memey terkena tempias Marissa
- Sofia Dendroff atau Sofia Kelemumur?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania
Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu
You must be logged in to post a comment.