Mierul Aiman bergelar jurutera

Mierul Aiman bergelar jurutera

Impian pelakon Mierul Aiman untuk menggenggam segulung ijazah tercapai selepas berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (kepujian).

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman berkongsi momen indah ketika istiadat konvokesyen di Universiti Selangor (Unisel), semalam.



Mierul berkata, dia bersyukur perjalanannya untuk menggenggam ijazah berbaloi dan menyifatkan ia hadiah istimewa buat kedua ibu bapanya.

“Selepas lima tahun, Alhamdulillah ia perjalanan yang sangat panjang dan ‘liar’, pelbagai ujian, cabaran, senyuman segalanya tercapai melalui proses untuk menjadi pelajar.

“Saya gembira, tak dapat gambarkan, sebak juga ada bila melihat memori saya berjuang. Setiap orang yang bergelar pelajar pasti merasainya, pelbagai suka dan duka.

“Gembira sebab akhirnya dapat berikan hadiah buat ibu bapa. Itu yang terbaik kerana dapat beri satu inspirasi dan membalas kebahagiaan yang mereka inginkan. Ia kejayaan terbesar saya,” kongsinya.



Dalam pada itu, pelakon berusia 25 tahun ini tidak menolak sekiranya kerjaya sebagai jurutera menjadi pilihannya selepas ini kerana menganggap ia sangat dekat di hati.

“Bergelar anak seni juga adalah satu impian, tetapi menjadi jurutera adalah misi saya dalam kerjaya. Saya rasa ia profesion yang sesuai dengan saya berbanding kerjaya lain.

“Walau apapun terjadi, saya berjanji kepada ibu bapa saya untuk habiskan pelajaran dan Alhamdulillah ia terhasil.

“Saya teringat balik sebelum saya menceburi bidang seni, saya berbaki satu semester sahaja lagi, namun saya perlu panjangkan semester saya kerana mahu sertai pertandingan Hero Remaja.



“Syukur ibu bapa saya memberi kepercayaan dan percaya semangat saya kepada bidang seni. Dalam masa sama tak mahu tinggalkan misi sebagai jurutera,” ujarnya.

Disoal mengenai perancangan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, Mierul tiada perancangan, sebaliknya mahu memberi fokus kepada bidang lakonan.

“Buat masa ini, saya fokus dalam bidang seni, tetapi saya hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan sekiranya saya diperlukan dalam bidang kejuruteraan, suatu masa.

“Belum lagi ada perancangan untuk lanjutkan pelajaran kerana kejayaan genggam Ijazah Sarjana Muda ini sudah saya capai, untuk sambung peringkat sarjana belum lagi.



“Karier seni saya juga banyak saya perlu pelajari dan mahu jadi yang terbaik buat semua,” tutupnya positif. BH

Mierul Aiman bergelar jurutera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania



Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker