Zahid dan Mahathir berdepan antara satu sama lain di Mahkamah
Perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Zahid Hamidi yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, berhubung isu ‘Kutty’, ditetapkan semula pada tahun depan, susulan perpindahan seorang hakim ke Pulau Pinang.
Tarikh baharu bagi perbicaraan itu adalah antara 13 Feb dan 16 Feb tahun depan.
Mior Nor Haidir Suhaimi, selaku peguam Mahathir, berkata mahkamah memaklumkan pihak-pihak terbabit minggu lepas bahawa perbicaran terpaksa ditangguh kerana Hakim Rozana Ali Yusoff dipindahkan.
Perbicaraan itu sepatutnya berlangsung hari ini, sehingga Khamis.
“Perbicaraan kini ditetapkan pada tahun depan tapi belum tahu pengganti hakim,” kata Mior kepada pemberita selepas pengurusan kes secara dalam talian.
Menurut beliau, pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 28 Nov.
Peguam yang mewakili Zahid adalah Intan Hanis Afiqah Razali.
Mahathir, 98, dijadualkan memberi keterangan hari ini dan diikuti anaknya, Mukhriz. Zahid dan dua lagi saksi bagi pihak pembelaan dijadualkan beri keterangan kemudian.
Mahathir memfailkan saman itu pada 20 Julai tahun lepas, dengan menamakan Zahid, 70, sebagai defendan.
Bekas perdana menteri itu mendakwa Zahid mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya, semasa mesyuarat Umno bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.
Zahid dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 17 Ogos tahun lepas, menafikan kenyataan yang dibuat berniat jahat untuk memfitnah dan merendahkan reputasi Mahathir di khalayak umum.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan
- Mahathir, Muhyiddin gagal lagi
- Tolong faham, saya artis – Hael Husaini
- Jangan diuji diamku – bekas isteri ND Lala
- Baby Shima buat hal lagi
- Norman Hakim dipuji cerdik
- Ali Puteh perli Abby Abadi
- Tiga langkah positif Muda tinggalkan kerajaan Perpaduan
- Muak dengan ahli politik guna rakyat untuk kepentingan peribadi – KP UMNO
- Selamatkan Malaysia melalui Parlimen bukan di jalanan, Zawawi bidas Fadli
- Norman Hakim mohon maaf
- Bukan sabotaj himpunan RXZ, polis perjelas Op Khas Motosikal
- Memey terkena tempias Marissa
- Sofia Dendroff atau Sofia Kelemumur?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania
Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu