Larangan ke Al Ula bukan bersifat haram mutlak – Dr Mohd Izhar
Larangan ke Al Ula bukan bersifat haram mutlak – Dr Mohd Izhar
Hantaran dimuat naik pelakon terkenal, Zul Ariffin yang bercuti di Kota Al Ula, Arab Saudi baru-baru ini mengundang pelbagai kritikan banyak pihak.
Ini kerana lokasi bersejarah yang turut dikenali Madain Saleh itu merupakan tempat terkutuk serta dilarang oleh Rasulullah SAW. Malah, baginda sendiri menghindari untuk singgah ke tempat ini.
Madain Saleh atau rumah kaum Tsamud iaitu orang-orang zaman Nabi Saleh yang dikenali dengan kekuatan dan kemahiran mereka membuat ukiran pembinaan gunung yang boleh dilihat sehingga hari ini.
Menurut Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, larangan Nabi SAW berkunjung ke Madain Saleh bukan bersifat haram mutlak seperti haramnya zina, minum arak dan lain-lain.
“Pertama, kita kena faham larangan Nabi SAW terhadap Madain Saleh bukan bersifat haram mutlak, seperti mana haramnya arak dan zina, tapi larangan itu bersifat makruh. Ini kerana terdapat hujah dan dalil lain, yang mana Nabi SAW tak larang, tapi menyarankan agar sesiapa yang melalui tempat itu termasuk kawasan dilaknat lain, Nabi minta sahabat menangisi dan muhasabah. Itu antara tegasan Nabi.
“Nabi SAW tidak kata jangan pergi kawasan dilaknat, tapi nangis dan insafi atas diri kita. Pergi ke sana bukan hanya untuk bersuka ria, berhibur. Pergi situ ambil iktibar dan apabila pulang, ceritakan pengajaran yang ada kepada orang sekeliling di negara kita. Jadi, apa yang dibuat Zul Ariffin dengan berkongsi di IG itu tak salah,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, tidak ada sebarang fatwa atau hukum dikeluarkan oleh mana-mana mufti antarabangsa atau dari Arab Saudi sendiri berkenaan perkara itu.
“Dalam ayat al-Quran sendiri ada menyebut, ‘maka berjalanlah kamu di atas muka bumi ini dan lihatlah bagaimana Allah mengazab kaum yang mengingkari Allah dan Rasul’. Maknanya, hadis Nabi yang melarang ke Al Ula perlu dibaca bersama ayat al-Quran ini.
“Kalau dilarang ke Al Ula, perlu juga dilarang ke Laut Mati di Jordan, ziarah Piramid di Mesir, bahkan dilarang juga menziarahi muzium yang ada firaun besar. Jadi, tak wajar mereka yang ke sana dikecam.
“Nasihat saya jangan mendahului mufti. Mufti tak keluarkan sebarang hukum atau fatwa melarang ziarah tempat-tempat itu. Malah, ulama antarabangsa dan Arab Saudi pun benarkan,” katanya.
Sementara itu, Zul yang memuat naik gambar di hadapan sebuah binaan di Madain Saleh menulis kapsyen yang mahu semua pihak mengambil pengajaran daripada apa yang pernah berlaku.
“Alhamdulillah, saya banyak belajar hari ini. Tanah yang mempunyai banyak cerita mengelirukan, hanya dengan melawat dan meluangkan masa mendengar dan belajar daripada penduduk tempatan, anda akan menemui sejarah sebenar. Ia sebenarnya adalah bahagian penting dalam sejarah Islam kita. Semoga kita semua ambil pengajaran,” katanya. HM
Larangan ke Al Ula bukan bersifat haram mutlak – Dr Mohd Izhar
Baca Artikel Menarik:
- Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan
- Mahathir, Muhyiddin gagal lagi
- Tolong faham, saya artis – Hael Husaini
- Jangan diuji diamku – bekas isteri ND Lala
- Baby Shima buat hal lagi
- Norman Hakim dipuji cerdik
- Ali Puteh perli Abby Abadi
- Tiga langkah positif Muda tinggalkan kerajaan Perpaduan
- Muak dengan ahli politik guna rakyat untuk kepentingan peribadi – KP UMNO
- Selamatkan Malaysia melalui Parlimen bukan di jalanan, Zawawi bidas Fadli
- Norman Hakim mohon maaf
- Bukan sabotaj himpunan RXZ, polis perjelas Op Khas Motosikal
- Memey terkena tempias Marissa
- Sofia Dendroff atau Sofia Kelemumur?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania
Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu
You must be logged in to post a comment.