Kerajaan sedia melihat kembali pelaksanaan GST – Rafizi
Kerajaan sedia melihat kembali pelaksanaan GST – Rafizi
Kerajaan sedia untuk mengkaji pelbagai pendekatan bagi mencapai kemampanan fiskal termasuk melalui pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Bagaimanapun kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli apa saja keputusan yang akan dibuat kelak, ia akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).
“Kami terbuka untuk melalui apa sahaja cara yang kami boleh untuk mencapai kemampanan fiskal ini melalui asas hasil yang lebih luas, sama ada cukai keuntungan modal, GST atau apa-apa bentuk cukai langsung atau tidak langsung,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Tambah Rafizi dia lebih suka mengekalkan strategi terbuka sebegitu dan sebarang keputusan yang akan diambil dibuat berdasarkan keperluan dan keadaan semasa.
Pada 28 Feb lalu, Rafizi berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan GST akan dilaksanakan dan hanya akan diputuskan apabila masanya tiba.
Pun begitu menurut Rafizi pelaksanaan semula GST perlu bersifat lebih progresif.
“Pandangan saya mengenai GST ialah, apabila tiba masanya, ia adalah sesuatu yang kita perlu lihat.
“Tetapi sebelum itu, kita mempunyai laluan yang mencukupi untuk tempoh 12 hingga 15 bulan akan datang untuk memperbaiki perkara yang berada dalam kawalan kita.
“Sebagai contoh, kita (kerajaan) mampu menguruskan perbelanjaan kita dengan lebih baik kali ini,” katanya.
Dalam pada itu Rafizi berkata kesan pergolakan ekonomi global turut dirasai Malaysia ketika ini, namun kerajaan yakin dapat mengurusnya dengan baik.
“Pegumuman apa saja cukai baru, apa juga hasil bagi baru kami lakukan dengan MOF bersama pengumuman bajet untuk diumumkan,” katanya. Mk
Kerajaan sedia melihat kembali pelaksanaan GST – Rafizi
Baca Artikel Menarik:
- Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan
- Mahathir, Muhyiddin gagal lagi
- Tolong faham, saya artis – Hael Husaini
- Jangan diuji diamku – bekas isteri ND Lala
- Baby Shima buat hal lagi
- Norman Hakim dipuji cerdik
- Ali Puteh perli Abby Abadi
- Tiga langkah positif Muda tinggalkan kerajaan Perpaduan
- Muak dengan ahli politik guna rakyat untuk kepentingan peribadi – KP UMNO
- Selamatkan Malaysia melalui Parlimen bukan di jalanan, Zawawi bidas Fadli
- Norman Hakim mohon maaf
- Bukan sabotaj himpunan RXZ, polis perjelas Op Khas Motosikal
- Memey terkena tempias Marissa
- Sofia Dendroff atau Sofia Kelemumur?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania
Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu
You must be logged in to post a comment.