Jangan heret rakyat ke jalanan – Azmawi Fikri

Jangan heret rakyat ke jalanan – Azmawi Fikri

Pemuda UMNO Kelantan mengingatkan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari supaya tidak mengheret rakyat ke jalanan untuk berhimpun pada 16 September ini menerusi ‘Selamatkan Malaysia’.

Ketuanya Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani sebaliknya berkata, Ahli Parlimen Pasir Mas itu sepatutnya memberikan tumpuan membangunkan negeri ini.

Menurutnya, hal ini kerana rakyat sudah memberi mandat kepada Pas untuk mentadbir negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

“Sebelum berkempen Selamatkan Malaysia, apa kata anda (Ahmad Fadhli) mulakan dengan majukan Kelantan terlebih dahulu bukan sibuk berterusan memikirkan bagaimana caranya nak ‘tebuk atap’ (kerajaan).

“Dalam keadaan dunia yang berdepan dengan krisis makanan, apa kata anda gembeling pemikiran bagaimana mahu jadikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara dan menyumbang kepada sekuriti makanan, bukan hanya pandai melancarkan slogan ‘Bertani Satu Ibadah’ di atas pentas ceramah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Azmawi memberitahu, sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dia sepatutnya menjadikan Dewan Rakyat sebagai tempat untuk membangkitkan isu melibatkan kepentingan rakyat.

Katanya, perkara itu selari dengan mandat yang diberikan oleh pengundi untuk membawa suara mereka ke parlimen.

“Sudah-sudahlah berpolitik, sekarang adalah masa untuk bangunkan Kelantan yang tercinta, apa perlunya menghasut rakyat untuk turun ke jalanan lagi.

“Bila tiba pilihan raya, kita berpolitiklah sepuas hari,” ujarnya.

Pemuda PN akan menggerakkan himpunan pada 16 September depan di hadapan kompleks beli-belah Sogo bagi memulakan kempen Selamatkan Malaysia susulan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Fadhli berkata, perhimpunan tersebut adalah sebagai permulaan sebelum menggerakkan satu kempen jelajah Selamatkan Malaysia ke seluruh negara.

Beliau berkata, terdapat dua isu akan difokuskan oleh pihaknya iaitu pelepasan tanpa bebas terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan 47 kes rasuah dan pengubahan wang harap serta isu badan kehakiman dan sistem perundangan negara yang disifatkan sebagai kian meruncing. Utusan

Jangan heret rakyat ke jalanan – Azmawi Fikri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker