Isham Jalil jangka dirinya akan dipecat dari UMNO
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa ada beberapa lagi ahli parti itu akan dipecat dalam mesyuarat akan datang.
Isham berkata, tindakan itu dibuat susulan ada ahli dan pemimpin parti begitu lantang mengkritik keputusan kepimpinan UMNO untuk bersama Pakatan Harapan (PH) menyertai pilihan raya.
“Saya dengar minggu ini ada beberapa lagi ahli UMNO akan dipecat dalam mesyuarat nanti. Ada ura-ura kata nama saya pun mungkin tersenarai.
“Terserah kepada kepimpinan parti dan Majlis Tertinggi jika mereka mahu pecat saya,” katanya di laman Facebook hari ini.
Mengulas lanjut, Isham berkata, pemecatannya itu juga dikaitkan dengan kenyataan beliau kononnya menyuruh ahli UMNO jangan mengundi PH pada pilihan raya.
“Ini tidak benar. Saya tidak pernah suruh ahli UMNO jangan undi PH atau DAP. Ini adalah fitnah. Apa yang saya kata ialah saya akan fokus kepada kawasan UMNO. Boleh lihat dalam live (siaran) saya beberapa bulan lalu di Facebook.
“Yang tulis ‘headline’ kononnya saya kata jangan undi PH itu adalah satu akhbar Cina, dan itu tidak betul, mereka telah pun minta maaf kepada saya dan keluarkan pembetulan. Pembetulan ini telah pun saya maklumkan kepada Majlis Tertinggi beberapa bulan yang lalu semasa isu ini timbul.
“Boleh tanya Ahli Majlis Tertinggi yang lain untuk kepastian. Mungkin dia tidak baca juga, atau cuba fitnah saya lagi tanpa usul periksa. Pendirian saya ialah saya fokus kepada UMNO. Itu sahaja,” katanya.
Isham berkata, perjuangannya dalam UMNO adalah ikhlas kerana agama, bangsa dan tanahair, dan bukan kerana kepentingan peribadi.
“Manusia boleh singkirkan manusia, namun Allah SWT menentukan kifarahnya,” ujarnya
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan
- Mahathir, Muhyiddin gagal lagi
- Tolong faham, saya artis – Hael Husaini
- Jangan diuji diamku – bekas isteri ND Lala
- Baby Shima buat hal lagi
- Norman Hakim dipuji cerdik
- Ali Puteh perli Abby Abadi
- Tiga langkah positif Muda tinggalkan kerajaan Perpaduan
- Muak dengan ahli politik guna rakyat untuk kepentingan peribadi – KP UMNO
- Selamatkan Malaysia melalui Parlimen bukan di jalanan, Zawawi bidas Fadli
- Norman Hakim mohon maaf
- Bukan sabotaj himpunan RXZ, polis perjelas Op Khas Motosikal
- Memey terkena tempias Marissa
- Sofia Dendroff atau Sofia Kelemumur?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania
Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu