Kanak-kanak perempuan maut tercekik anggur di Melaka

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disahkan meninggal selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Melaka susulan tercekik sebiji anggur dalam kejadian di Taman Merbok, Bukit Katil, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa, Nur Aryanna Danisha Muhamad Shaizat meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) pukul 9.23 pagi tadi.

Katanya, hasil soal dengan Pegawai Perubatan Hospital Melaka, kanak-kanak berkenaan telah dipindahkan daripada sebuah hospital swasta ke Hospital Melaka kira-kira pukul 8.18 malam pada 31 Ogos lalu.



“Kanak-kanak berkenaan sebelum itu mendapatkan rawatan awal di sebuah hospital swasta di Bukit Katil selepas keluarganya menyedari dia tercekik semasa makan buah anggur.

“Doktor di sana berjaya mengeluarkan buah anggur tersebut, namun pesakit dalam keadaan tidak stabil dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. Justeru dia dipindahkan ke wad PICU Hospital Melaka,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, tadi.

Ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia dengan punca kematian adalah ‘Hyporxic Ischaemic Encephalopathy secondary to choking’.

“Pihak Hospital Melaka bagaimanapun tidak membuat laporan polis berkenaan kematian tersebut dan setakat ini, tiada laporan polis dibuat oleh pihak keluarga kanak-kanak berkenaan,” katanya



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker