Rahsia sunat berpakaian putih

Rahsia sunat berpakaian putih

Dari Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pakailah pakaianmu yang berwarna putih, kerana ia adalah sebaik-baik pakaianmu dan kafanilah mayat-mayat kamu dengan kain yang berwarna putih.” (HR al-Tirmizi)

Kemudian ada satu lagi hadis yang hampir sama kenyataannya. Dari Samurah r.a., beliau berkata:

“Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pakailah pakaian yang berwarna putih kerana ia lebih suci dan lebih baik dan kafanilah mayat-mayat kamu dalam kain putih.” (HR al-Nasa’i, al-Hakim).

Dan, menurut Imam Nawawi di dalam kitab Riyadh Al-Salihin, memakai pakaian berwarna putih disunatkan. Pun begitu, pakaian berwarna lain juga dibolehkan memakainya. Tidak ada tegahan dan larangan untuk memilih warna di dalam berpakaian. Penjelasan itu dikukuhkan lagi dengan hadis daripada Abu Ramthah at-Taimi berkata:

“Saya pernah melihat Rasulullah s.a.w. memakai dua helai pakaian berwarna hijau.” (HR Abu Dawud dan al-Tirmizi).

Kemudian di dalam hadis yang lain pula daripada Jabir,

“bahawa Rasulullah s.a.w. memasuki kota Mekah pada waktu pembukaannya dengan memakai serban berwarna hitam.” (HR Muslim).

Apabila Rasulullah s.a.w mengatakan sesuatu tentu ada penerangan di sebaliknya yang harus dikaji secara lebih mendalam. Kenapa Ya! Putih itu adalah warna pakaian yang paling baik dan suci? Tentu ia suatu yang menarik untuk dibahaskan. Ramai yang bercerita tentang kaitan warna dengan hari, organ penting, waktu solat, personaliti dan baju yang dipakai namun di mana asasnya?

Mari berkongsi maklumat tentang warna yang akan diberikan oleh Pengasas Color Vibration Therapy (CVT), Profesor Datuk Sri Dr. Norhisham Wahab. Meskipun banyak memberikan tumpuan kajian terhadap hukum fizik terutamanya mengenai gelombang, gema, getaran dan tenaga namun tidak pernah menyangkal kepentingan hadis yang menjadi asas kajian yang dilakukan.

Secara terang-terangan Prof. Norhisham mengakui bahawa hadis Rasulullah s.a.w. adalah percakapan benar yang datang dari Allah. Di dalamnya terkandung perintah, larangan, saranan dan panduan hidup yang Allah berikan melalui percakapan Rasulullah s.a.w.

Memang benarlah putih itu warna yang paling baik dan suci. Dalam banyak-banyak warna, putih adalah yang paling teratas sekali iaitu visi spiritual. Orang yang mencari visi spiritual kemuncaknya adalah putih.

Susunan warna paling atas dalam susunan pelangi adalah putih. Malah jika diletakan manusia di dalam susunan pelangi itu, bahagian kelenjar pineal terletak di kemuncaknya iaitu putih yang mempunyai gelombang jarak dekat atau frekuensinya rendah.

Yang bagus untuk manusia adalah frekuensi rendah yang menimbulkan hening iaitu perasaan yang lebih tinggi daripada damai, tenang mahupun tenteram.

Itu penerangan secara teorinya, namun untuk lebih mudah difahami bolehlah dibuat perbandingan begini. Antara bunga mawar putih dengan mawar merah, oren, kuning dan ungu, warna putih itulah yang paling banyak senyawa kimianya.

Walaupun datang dari bunga yang sama namun kandungan senyawa kimia mawar putih lebih tinggi iaitu lebih 600 manakala mawar merah memiliki 300 senyawa kimia saja. Di situ jelas menunjukkan bahawa mawar yang berwarna putih sangat tinggi nilai perubatannya.

Soalnya kenapa mawar putih? Bunga mawar putih amat terpengaruh dengan cahaya bulan manakala merah dengan cahaya matahari. Maknanya kita dapat cas-cas atau elektron yang sangat aktif pada cahaya bulan. Jika tidak ada bulan purnama maka bunga mawar putih tidak akan berkembang. Kuatnya tekanan graviti pada cahaya bulan yang memberikan reaksi pada bunga untuk berkembang.

Cerita fasal mawar putih cukup sampai setakat ini. Sekarang, kembali semula pada perbincangan awal iaitu warna putih. Menurut Prof. Norhisham, warna putih jika dilihat pada sistem tubuh, ia merangsang kelenjar Pineal dan Pitutari. Frekuensi warna putih (0-279 nanometer) sama dengan frekuensi sel pada kedua-dua kelenjar tersebut. Utv

Rahsia sunat berpakaian putih

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker