ND Lala mahu Fauziah berhenti menipu

ND Lala mahu Fauziah berhenti menipu

Selepas sekian lama berdiam diri, penyanyi veteran, Datuk ND Lala akhirnya bersuara mengenai kemelut rumah tangganya bersama bekas isteri, Fauziah Sarman dalam Instagram.

Bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu memuat naik tiga video di mana video pertama penyanyi lagu Diari YB itu mengulas isu perceraiannya.

ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Amzah Salleh berkata, dia tidak mahu mengulas apa yang terjadi dalam rumah tangga dibina selama 34 tahun bersama Fauziah sehingga membawa kepada perceraian.

“Hakikatnya, bermula 2 Ogos lalu, perkahwinan kami berakhir. Untuk itu, tiada keperluan lagi untuk bicarakan tentang perkahwinan kerana kami bukan lagi suami isteri,” katanya.

Mengaku melafazkan cerai terhadap Fauziah pada 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan memfailkan perceraian pada 7 Ogos. Ia kemudiannya diikuti dengan pemberian audio kepada Fauziah pada 8 Ogos melalui aplikasi WhatsApp dan seterusnya perceraian mereka disahkan mahkamah pada 5 September lalu.

“Memang benar saya sudah berkahwin dengan Siti Munirah Abdul Ghani. Memang benar bekas isteri tidak bersetuju dengan poligami, banyak kali ugut, desak dan minta saya menceraikannya.

“Memang benar ini bukan satu keputusan mudah selepas 34 tahun kami bernikah dan Allah anugerahkan kami empat cahaya mata. Saya menunaikan permintaan bekas isteri melafazkan cerai pada 2 Ogos lalu.

“Saya tidak mahu ulas apa yang terjadi antara kami sehingga membawa kepada perceraian kerana itu adalah hal peribadi. Apabila menggunakan pertimbangan akal, bukan emosi, kita akan faham sekiranya berlaku pergaduhan suami isteri yang tidak dapat diselesaikan.

“Platform yang betul untuk mengadu atau dirujuk adalah pejabat agama dan diputuskan di mahkamah,” katanya.

Ujar ND Lala, tiada keperluan menceritakan masalah rumah tangga kepada orang lain seperti rakan dan lebih buruk lagi, mengadu atau meluahkan perasaan dalam media sosial dan pihak media.

Katanya, netizen dan wartawan tidak boleh memberikan solusi terhadap masalah rumah tangga.

“Jadi, jalan sepatutnya adalah mencari solusi bukannya sensasi, kecuali seseorang itu memang inginkan publisiti untuk meraih sensasi.

“Saya percaya kepada rukun Islam, qada dan qadar. Ini bahagian saya, jadi rela dan percaya perancangan Allah jauh lebih baik.

“Saya percaya dengan rahmat Allah, pasti ada kebaikannya untuk kami pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, dalam video berdurasi lebih enam minit itu, ND Lala turut meminta berhenti membuat cerita palsu kerana lama-kelamaan kebenaran pasti akan terbukti.

“Mungkin kita cerdik, tapi orang lain juga tak bodoh. Mungkin kita cantik, tapi orang juga tak hodoh.

“Mungkin kita alim, tapi orang lain pun tak jahil, jadi kita perlu tahu mana satu hak dan batil.

“Berhentilah menipu, berhentilah buat cerita palsu. Berapa lama nak menipu, akhirnya orang akan tahu? Kebenaran akan menang,” katanya.

ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan hasil perkongsian hidup dikurniakan empat cahaya mata, Shila, 33; Amir Syafiq, 30; Amir Syahir, 28; dan Nur Syuhada, 25. BH

ND Lala mahu Fauziah berhenti menipu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker