Syukur Agong tidak murka panggil singkatan ‘Gung’ (Video)
Syukur Agong tidak murka panggil singkatan ‘Gung’ (Video)
Seorang lelaki dari Tawau, Sabah bersyukur apabila Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak berkecil hati apabila kesilapannya menggunakan panggilan singkatan ‘Gung’ kepada Yang di-Pertuan Agong.
Menerusi TikTok @anasdaniell, lelaki itu memuat naik video penjelasannya semalam selepas orang ramai berkongsi ucapan Al-Sultan Abdullah yang terhibur dengan pelbagai panggilan daripada rakyat Sabah sepanjang Kembara Kenali Borneo di negeri itu.
“Saya bersyukur kepada Allah, ada viral ucapan Yang di-Pertuan Agong mengenai perkataan saya, ‘Gung salam boleh Gung’. Alhamdulillah, nampaknya Agong tidak marah dan tidak berkecil hati.
“Minta maaf atas kelancangan saya sebab masa itu saya sangat teruja. Tidak sangka pula agong berhenti dan saya sangat gembira. Saya sedih dan alhamdulillah Yang di-Pertuan Agong memahami.
“Sebelum viral ucapan Agong, saya sedikit gentar sebab baca komen-komen, iyalah terasa juga hati. Orang tak faham keadaan itu dan alhamdulillah, ada juga yang faham dan saya ucap terima kasih,” katanya menerusi hantaran video tersebut.
Menceritakan situasi tersebut, dia memberitahu terlalu teruja apabila Al-Sultan Abdullah berkenan memberhentikan kenderaan serta bermesra bersama rakyat yang sedia menunggu.
“Kalau kamu berada dalam situasi masa itu, mungkin kamu akan cepat-cepat kejar Agong. Orang istana tu, bukan sembarangan, bukan datuk, menteri. Orang istana yang susah kami nak jumpa.
“Alhamdulillah, aku antara orang bertuah dalam bumi Tawau dapat sentuh tangan baginda dan paling bertuah. Sebelum itu (bercakap) di dalam hati, ‘semoga Tuanku jawab salamku’. Tuanku jawab salam dan saya terkejut lagi sehingga lupa protokol dan lupa mahu cakap (minta izin) ‘Tuanku boleh salam?’.
“Saya terlupa semua itu, saya terkejut Tuanku berhenti. Bayangkan kawan-kawan orang tertinggi negara berhenti mahu berjumpa kita. Macam Tawau ini kawan-kawan, mana ada Agong,” katanya.
Dia berkata, ucapan Al-Sultan Abdullah pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah sempena di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) membuktikan baginda tidak marah dengan pelbagai panggilan daripada rakyat sewaktu di Sabah.
“Terima kasih Tuanku kerana video (ucapan) ini bukti Tuanku tidak marah kepada saya, Tuanku tidak marah kepada rakyat yang sampai lupa beradab (protokol),” katanya.
Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa terhibur dengan ada yang memanggil baginda ‘Pakcik Agong’ dan ‘Abang Agong’ sepanjang Kembara Kenali Borneo di Sabah.
“Saya terharu apabila anak muda panggil saya Pakcik Agong, ada juga yang panggil saya Abang Agong, ada juga panggil gong, gong, gong.
“Tetapi sekurang-kurangnya semua ini menghiburkan saya. Raja Permaisuri Agong juga (dipanggil) Datin Permaisuri, ada pujian-pujian kepada isteri saya, ooh cantik sekali, alhamdulillah,” titah baginda pada majlis tersebut. K Online
[videopress kP0gC1Ry]Syukur Agong tidak murka panggil singkatan ‘Gung’ (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan
- Abby Abadi jumpa keluarga mangsa penyondol
- Abby Abadi diserang di Instagram, apa salah ibunya
- Muda nak keluar, silakan – Adun PKR
- Abby Abadi respon isu anaknya sondol suami orang
- Britney bogel lagi ketika berkuda
- KP Umno taja caruman Perkeso penghantar makanan
- Ustazah Asma tak benar suami kahwin lain
- Sebab Bung Moktar dibebaskan mahkamah
- Putri Ariani pukau juri di separuh akhir AGT
- Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil
- Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling
- DNAA Zahid, nak ikut persepsi atau fakta kes?
- Mimi Lana kecewa dituduh cium di kelab malam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon
Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri