Ketua Menteri DAP ajak lupakan sengketa politik sempena Hari Kemerdekaan
Sempena Hari Kemerdekaan yang disambut esok, semua pihak di negeri ini diseru agar melupakan sengketa politik selepas Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) dan memberi fokus terhadap urus tadbir perpaduan.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana tanpa perpaduan, rakyat tidak mungkin mencapai kestabilan, kesejahteraan dan kemajuan yang berterusan.
“Hentikanlah sebarang provokasi, elakkan membuat kenyataan bersifat adu domba menggunakan sentimen agama, kaum atau menyebarkan maklumat palsu terutama di media sosial sehingga mengundang perpecahan dalam kalangan rakyat,” katanya di sini, hari ini.
Menurut beliau, tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan menjadi jauh lebih bermakna apabila sejarah dilakar dengan terbentuknya Kerajaan Perpaduan sekali gus menamatkan kemelut ketidaktentuan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam lipatan sejarah Malaysia.
“Pembentukan Kerajaan Perpaduan ini membuktikan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong yang menjadi tonggak perpaduan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Tambah Kon Yeow, sebagai simbolik mandat baharu Kerajaan Perpaduan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dilantik dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih rakyat kini bersedia mengorak hala tuju untuk negeri tercinta.
“Bertitik tolak dari situ, kita sememangnya harus bersyukur kerana Pulau Pinang terus mengukir sejarahnya tersendiri sejak 2008.
“Pulau Pinang terus menggamit kemasukan pelaburan berpotensi tinggi yang mana lebih RM200 bilion dicatatkan menerusi pelaburan sektor pembuatan dan kekal sebagai pengeksport utama negara sejak 2018 dengan nilai sebanyak RM170.8 trilion di samping mewujudkan lebih 222,000 peluang pekerjaan,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS letak syarat kerjasama dengan UMNO
- Wanita histeria cuba simbah air ke arah Jokowi
- Video ‘panas’ Zarul Imran kembali tular
- Untuk menang pilihan raya, Pas setuju tukar agenda negara Islam
- Lelaki ceroboh rumah Nabil untuk lepak didenda RM3,000
- Abang Tesla kena ‘sound’ , ingat pertandingankah ini?
- Ramai malu lihat COEX buat persembahan depan pelajar tahfiz
- Penceramah PAS tarik balik rayuan, akur aset TH tidak dijual pada bukan Islam
- Saya cukup kecewa – Fazura
- Perlu kaji semula tuduhan terhadap Najib – Zahid
- Terbangkan 40 staf ke Korea, Aeril Zafrel belum mahu bersara
- Peguam Negara bercuti sementara tunggu bersara
- Malu wajah tular, pengantin enggan bayar perancang perkahwinan
- Guru terkejut pelajar ajak kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam