Wanita histeria cuba simbah air ke arah Jokowi

Wanita histeria cuba simbah air ke arah Jokowi

MEDAN: Seorang wanita dilaporkan bertindak menyimbah air dan membaling kasut ke arah rombongan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) ketika beliau menghadiri acara rapat umum di Sumatera Utara semalam.

Insiden terjadi ketika Jokowi menghadiri Rapat Kemerdekaan Sukarelawan Datuk Bandar Medan, Bobby Nasution di Gedung Serbaguna di Deli Serdang kelmarin.

Menurut CNN Indonesia, wanita yang masih belum dikenal pasti identitinya itu nekad menyimbah air mineral ketika Jokowi menghampiri kumpulan sukarelawan dan sedang menyapa mereka.

Namun tindakan tersebut sempat dihalang oleh pengawal dan wanita berbaju hitam itu kemudian terus histeria selepas ditarik menjauhi kumpulan orang ramai.

Jokowi dilihat tidak menyedari tindakan wanita itu kerana sibuk melayani para sukarelawan yang berebut-rebut untuk bersalaman dengannya.

“Jangan merusuh di sini,” kata seorang pegawai sambil menolak wanita itu dari kerumunan sukarelawan hingga dia terjatuh.

Tidak berpuas hati ditolak, wanita itu kemudian membaling selipar ke arah orang ramai yang mengerumuni Jokowi namun lontaran itu sempat dihadang pengawal.

“Tolong, kami mencari keadilan,” kata wanita itu.

Pegawai yang menghampiri wanita berkenaan dilihat cuba menenangkannya sebelum menariknya dari acara pentas namun sedikit kekecohan berlaku apabila dia diseret pengawal kerana enggan bangun meninggalkan kawasan itu.

Pegawai juga sempat melarang wartawan merakam video kekecohan itu. Utusan

Wanita histeria cuba simbah air ke arah Jokowi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker