Elaun MP ponteng mesyuarat mungkin dipotong

Elaun MP ponteng mesyuarat mungkin dipotong

Johari Abdul memberitahu dia sedang mempertimbangkan cadangan memotong elaun ahli Dewan Rakyat yang gagal menghadiri persidangan.

Dalam temu bual eksklusif dengan The Star, speaker Dewan Rakyat itu berkata langkah tersebut boleh mengatasi isu wakil rakyat yang ponteng daripada tugas mereka.



Katanya wujud gesaan agar Peraturan Tetap Parlimen dipinda bagi memudahkan pelaksanaan langkah-langkah tersebut.

“Jika kamu tidak datang (sekurang-kurangnya) untuk beberapa jam sehari, kamu tidak dapat elaun untuk hari berkenaan. Saya fikir itu adalah idea yang baik.

“Mereka (ahli Dewan Rakyat) mesti meluangkan masa tertentu di dalam dewan sebelum layak mendapat elaun harian yang dibayar,” katanya dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

Menurut Johari, ada sesetengah ahli terbabit hanya hadir di dalam Dewan Rakyat untuk kira-kira lima minit sebelum keluar dan tidak masuk semula untuk mengikuti sidang yang berjalan.



Selain itu, Johari turut menjelaskan konsep itu akan dibentangkan kepada jawatankuasa yang dipengerusikannya, dan membabitkan pelbagai pihak sebagai wakil, termasuk wakil dari pihak yang berlainan.

Ketika ini seseorang ahli parlimen boleh menerima elaun RM400 sehari untuk menghadiri sesi di parlimen.

Sepatutnya cukup matang

Mengikut peraturan juga sesuatu sidang memerlukan kehadiran sekurang-kurangnya 26 daripada 222 ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan sidang berjalan.



Berdasarkan rekod kehadiran dalam Hansard, untuk mesyuarat Dewan Rakyat pertama tahun ini, 97 ahli parlimen mencapai rekod kehadiran yang sempurna, dengan majoritinya adalah dalam kalangan ahli parlimen PN.

Mengeluh mengenai masalah itu, Johari berkata, ahli Dewan Rakyat sebagai penggubal undang-undang sepatutnya menghadiri sidang yang berjalan bagi membolehkan isu yang dihadapi pengundi sesebuah kawasan dibincang dan diselesaikan.

Dalam keadaan sekarang, kata Johari, dia tidak memiliki banyak kuasa untuk mengambil tindakan ke atas wakil rakyat terbabit.

Bekas ahli parlimen Sungai Petani itu juga menekankan, platform media sosial menyaksikan begitu ramai orang menyatakan kebimbangan mereka terhadap keculasan ahli parlimen yang kerap ponteng.



“Mereka bertanya kenapa ahli parlimen kita tidak hadir tanpa sebab, terutamanya semasa Waktu Soalan Perdana Menteri pada setiap Selasa.

“Saya fikir pada sesi itu kehadiran Dewan Rakyat harus penuh kerana perdana menteri ada di sana. Perdana menteri bersedia menjawab soalan.

Pada hari Khamis pula, ada Waktu Pertanyaan Menteri. Pada masa itulah ahli parlimen patut mengambil kesempatan dengan menghadiri (sidang Dewan Rakyat).

Johari juga mengakui isu itu memang mengaibkan untuk dibangkitkan kerana setiap ahli parlimen sepatutnya cukup matang dan tahu akan tanggungjawab masing-masing. Mk



Elaun MP ponteng mesyuarat mungkin dipotong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker